Thursday, November 8, 2012

Novel Bisik by Syaihan Syafiq, FIXI (Review)

Hai semua! Harini nak cerita sikit pasal review novel. Ahhhh nana membaca? Nana buat review novel? Sejak bila baca novel ni? Tu semua soalan yang diajukan kepada aku. Kaget? Hahaha. Kedengaran sedikit kelakar.

Ya, aku bukan seorang yang dikatakan ulat buku atau dalam bahasa omputihnya 'bookworm'. Nak baca surat khabar pun liat, nak baca buku pelajaran lagi lah haram. Nampak tak tahap kemalasan tu macam mana? (Jangan contohi aku).

Aku membaca bila perlu. Bila ada benda penting. Bila aku rasa aku rajin. Bila ada exam. Baca bila ada message, tweet, whatsapp, facebook. Haih, celaka kan. Aku tau ada juga orang kat luar sana yang sama macam aku cuma ada yang tak nak mengaku kan. Hahaha

Masa kecik, aku memang suka membaca. Bersepah2 novel remaja misteri dulu. Bila dah dewasa, malas. Ya, malas! Tapi sejak cuti semester ni, mungkin terlalu banyak waktu lapang membuatkan datang satu naluri suruh pergi beli novel dan mula membaca balik.

Aku lebih suka baca novel yang misteri, pasal muzik, pasal realiti kehidupan. Bukan semata2 novel cinta yang jiwang karat. Asik2 berulang benda yang sama. Aku tak suka.

Sejak dulu, aku teringin baca novel keluaran Fixi. Lagi2 macam zombijaya ape semua tu. Aku nak beli, tapi aku tak tau dekat mana. Aku sangkakan hanya beli melalui online sahaja. Haha sempit betul pemikiran. Nampak sangat bukan pembaca tegar novel. Sebab teringin, aku beli lah Zombijaya. Hari kedua aku beli Novel Bisik.

So aku decide nak baca dulu Novel BISIK dari Syaihan Syafiq. First impression aku terhadap novel ni, aku ingatkan cerita hantu. Baca sinopsis pendek belakang novel pun macam cerita hantu. Sekali baca, lain pula jadinya. Haha.

Tak boleh nak cerita banyak. Kang spoil pulak untuk siapa yang tak pernah baca lagi. tapi cerita ni berkisarkan seorang lelaki bernama Mikael yang psikotik dan mempunyai split personality. Dia sangka kan teman serumah nya Nazzman menjadi dalang tapi sebenarnya bukan.

Masa aku baca ni, ibarat banyak puzzle yang kena dirungkaikan. Buat aku terfikir. Pandai penulis buat kita bukan sekadar hanya membaca novel, tapi untuk berfikir jugak. Bila baca, seakan-akan kita yang berada dalam situasi tersebut. Begitu detail penulisan si penulis. Genius! Dan gaya penulis sangat selamber. Bercerita tentang tipikal 'meleis' ni dan kehidupan pada zaman moden sekarang ni.

Aku boleh bet, siapa yang tak baca, memang tak kan boleh predict apa penutup dengan kesudahan dia. Macam aku cakap la, aku sangkakan cerita hantu. Tapi cerita lain. Macam cerita novel lain, tgk cover pun dah tau dah dalam dia pasal apa. Macam dah boleh baca kan. Cerita BISIK ni tak. Macam orang cakap, dont judge a book by its cover. haha

Bagus juga ending dia. Bagi pembaca berfikir kenapa dan mengapa. Best jugak cerita ni. Tak sia2 aku beli dan baca buku ni. Memang bagus dan syabas jugak kepada penulis. Kreatif dan lain dari yang lain.

Aku bagi rate 4.5/5. Korang try lah beli. Lepas ni aku nak baca zombijaya. Oh ye, semalam pun aku beli novel yg bertajuk ngeri dan kelabu dari fixi jugak. Dorang punya buku memang best2.

Ok bye :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: