Friday, November 16, 2012

Awesome Day

Hye semua! Nak bagitau ni. cuti semester pun dah nak habis. Haha. Sedihnya lahai. Dan bila class dah nak start ni, result sem lepas pun dah keluar. Memang tak kelakar, aku start degree dah lama. Tapi result hold lama sebab aku buat short sem untuk dua2 sem lepas. So tau pun grade je, CGPA aku tak tau. 

So yang buat aku takutnya, ada dua short sem + long sem untuk CGPA keseluruhan aku. Banyak kan? Dah berapa credit hour kot. Aku risau aku tak perform dengan elok. Untuk long sem yang baru2 lepas ni, masa mid sem aku rasa aku buat ok kot tapi tak cukup bagus. Ade satu B+ dalam result, tu pun banyak tarik kalau dikira pointernya. 

Ok mai cerita detik debaran nak dapat result. MSU kata patutnya petang semalam result keluar. Aku dari petang dah bukak. Memang sakit jiwa. Masih ada "maintenance in progress". Aku try malam, tak boleh. Dia kata invalid username & password. Jadah woi, baru petang tadi dapat bukak. Hahaha. Website jadi gila sebab ramai berpusu-pusu bukak website yang sama nak tau result.

Ahhhh sudah, aku berserah. Memang sampai aku fedup, aku dah tak try nak log in dekat portal student. Aku pun tidur. Tidur memang cerita dia tak lena lah. Tidur tapi ada je terjaga. Resah gelisah. Tahniah kepada MSU buat kami gelisah. Haha. Dalam tengah tidur tu, aku tersedar satu message masuk. Aku cakap sapela yang kacau tidur ni.

Rupanya wani. "Nana! Result dah keluar. Good luck!" Demmmmm aku tengok jam pukul 6.30. Aku terus terjaga. Sumpah berdebar. Sakit jantung pun ada sebab terkujat baru bangun. Aku terus bukak portal pakai fon. Menyirap ah asal takde pun result. Wani cakap kena select sem dengan session. Oh patutlaaaa......

Aku bukak pakai lappy. Memang hati dupdapdupdap. Tapi masih mamai lagi. Aku tekan session masa dua short sem januari dengan march. Dan aku dapat........................

Aku dah tau 3 result masa short sem tu. cuma tang nutrition aku tak tau lagi. Sekali alhamdulillah, dapat A-. Lecturer dah la garang nak mampus masa tu. Berkat dia garang, A jugak aku. Alhamdulillah. Tapi belum settle lagi. CGPA masih takde. Belum keseluruhan. Then aku tekan la, session may. Iaitu long sem pertama aku. Ahhhhh sangat nervous. Aku mengharapkan yang terbaik. Dalam kepala memang tak nak kecewakan mak bapak aku. Dan aku dapat....................................


Ya Allah, aku syukur! Alhamdulillah sangat2. Aku tengok semua A. Walaupun takde yang A penuh la. Takde B lagi. Alhamdulillah sangattttt. Bila nampak Dean's List Award, aku rasa aku dah capai target aku untuk 1st result ni.

Takpe la, aku syukur. Tak dapat 4 flat pun, aku dah bersyukur dengan result macam ni. Serius aku happy gila. Aku dah buktikan, walaupun subjek susah, aku tau aku boleh buat. Aku tau aku tak study sangat, tapi masa last minit, aku dah korbankan macam2. Aku push diri aku. Memang ada give up, sebab banyak benda nak kena study. Salah aku study last minit. Tapi sebab aku push diri aku, aku cakap aku tau aku boleh buat, then aku bayangkan muka mak bapak aku, memang memaksa aku untuk study lebih.

Sampai pening2 lah. Memang ada nak muntah. Sebab banyak menghafal. Tapi aku cuba. Yang jadi lagi tekanan sebab aku nak maintainkan result masa mid sem aku. Nanti apa pulak lecturer cakap, kalau markah jatuh, nanti lecturer cakap aku tak study. 

Serius la aku cakap, sebenarnya aku memang tak pandai. SPM hancur. Foundation hancur. Tak cemerlang pun. Aku belajar main2. Banyak merayap. Banyak keluar. Im just a normal kid. Suka enjoy. Memang jarang belajar. Dan aku hari2 takde pun study. 

Tapi! Aku just go with the flow. Apa lect suruh buat, aku buat. Tu je. Haha. Lepas tu :

1. Aku jarang tidur dalam class. Bosan tahap nak mampus pun aku memang pakse diri untuk dengar. Biarlah tak faham, tapi atleast dengar. Aku mengaku subjek aku memang bosan. Tapi memang  aku akan dengar ape die cakap. Sebab bila dengar, akan bantu sesikit apa yang diajar. "oh aku pernah dengar ni, nanti die jadi macam tu macam ni bla bla bla"

2. Dah dengar tulis ape yang patut. Salin je ape die cakap. Kekadang dengan menulis ni bantu aku nak ingat. Aku memang penyanyok. Kalau dia banyak bebel tu, aku tau la tu memang akan ade masuk exam. So memang kena alert.

3. Buat assignment, kuiz, lab report, homework yang lecturer bagi. Buat la semua. Aku bukannya on time sangat pun, tapi asalkan siap. Hahaha. Sebab kadang2 assignment memang masuk exam. Jangan lupa catit kerja tu. Dah siap tandakan. Ni amalan aku dengan alyaa.

4. Masa aku study last minit, aku selalu buat nota. Seeloknya jgn la buat last minit. Nota kecik tu aku lipatkan. Boleh jimat ruang. Banyak benda boleh tulis. Tulis point2 penting. Senang bila2 nak keluar boleh hafal. Dalam train ke, dalam bus ke :p

5. Tengok past year question. Kadang2 keluar sama. Takpun atleast tahu cara nak menjawab macam mana.

Haha tu jela aku boleh kongsi. Sebab ini je yang aku buat. Benda basic. Hahaha. Tapi aku dah cuba buktikan kat mak bapak aku, aku boleh buat sebenarnya. Terima kasih jugak dekat lecturer aku. Semua baik2 belaka. Semua tolong habis-habisan. Dorang paling baik. Tadi gi campus pun, aku lambai dekat Dr. Aniruddha dengan Dr. Ravi, dua2 lambai dan senyum balik. Haih dorang memang baik gila.

Terima kasih jugak kat kawan2 aku. Alyaa awien syah semua. Sanggup study sama semua. Faliq yang pernah tolong ajar. Bebudak kelas lain. Huu aku harap aku dapat maintainkan result aku ni. Kalau boleh aku nak belajar dengan percuma. Tak payah bayar balik pinjaman yg ada. Itu target aku sekarang. Maintain pointer atau dapatkan lebih lagi. Aku nak buktikan, aku boleh berjaya. Aku bukan Nana yang main2 masa foundation dulu. Itu janji aku. 

Ok sudah untuk drama. Haha. Harini registration. Lepas registration, aku dengan wani pergi celebrate. Berdua pun jadi lah. Wani pun deans list. Pemegang deans list sebanyak dua kali berturut-turut. Lagi power tu. haha. We went to Mid Valley for lunch and she wanted to find something for her friends. Hadiah birthday. Then im looking for a spiked bangle/bracelet. 

Lunch dekat nandos. Nyok nyek nyok nyek pergi beli hadiah untuk kawan2 wani. Then cari aku punya accessories semua. Cari kat F21, tak jumpa. Walaupun ada yg cantik. Hampir semua kedai. Then kiteorang masuk Aeon mid. Tiba2 ada, tapi warna silver. Aku tak berkenan silver. Lagipun tak kena kaler kulit aku yg gelap. Cari punya cari, finally jumpa yg gold! Then ade satu je tinggal. Arghh macam yang aku nak. Memang aku amik. Berita gembira wani pun nak belanja sebagai hadiah birthday dan sempena deans list ni. Hehe. 

Lepas tu merayap pergi makan aiskrim. Aku teringin baskin robin. Aku pulak belanje wani. Sempena dia dah belanje aku. Haha. Sampai kedai aksesori diva, aku lak terperangkap beli gelang. Spike jugak. Aku suka sangat. hahaha. Then kami pun pulang.

Mine is cotton candy with oreo :D
Gay time
THIS IS WHAT IM LOOKING FOR. HAHA. THANK YOU SO MUCH WANI
Memperagakan. Haha

Thats all for today. Hehe. Memang happy gila harini. Syukur kat Allah SWT masih bagi aku peluang untuk merasa gembira hidup dekat dunia ni. Ok bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: