Monday, October 15, 2012

Bye Semester 1

Assalamualaikum semua. Peh dah berapa lama dah aku tinggalkan blog ni. Start bulan puasa haritu. Haha memang takde idea nak menulis. Lagipun memang sibuk dengan hal-hal kelas, assignment semua.

Kenapa "Bye Semester 1"? Padahal aku dah masuk belajar dari bulan 1 haritu. Apa yang lama sangat? Sebenarnya dua short sem yang aku pernah lalui sebelum ni akan dikira dengan long sem aku yang baru habis baru2 ni. Banyak kan? Mati la kalau tak score A woi.

Haa long sem haritu pun dah berakhir. Banyak kenangan best, sedih semua ada. Lagi2 bersyukur sangat sebab dapat classmate yang sempoi dan sporting. Tak kerek. Takde gaduh ape pun. Semua memang ok. Walaupun bilangan sikit, tapi masing2 dengan karakter tersendiri.

Dalam sem ni jugak, lecturer semua baik2. Memang bersyukur. Lagi2 lecturer Musculoskeletal System, one of my favourite subject. Lecturer dia memang baik dan sangat good looking. Dia foreigner. Sayangnya dia pun nak pindah balik ke hometown dia. Nak praktikkan balik skill doktor dia kat hospital. Tak nak mengajar dah.


Dan sebelum final exam jugak, kiteorang sekelas pergi Kalumpang Tanjung Malim untuk projek subject Bio-Ethics. Pergi community service sambil mandi sungai. haha. Tu memang kenangan paling manis. Sebab kat situ semua berkumpul. Dah kenal diri masing2 camne. Kadang2 kat class perangai takde pun camtu. Kat luar lain pulak perangai ceritanya. Haha


Masuk hutan, mandi sungai, BBQ sesama. Semua spend time sesama dalam hujan bagai semua. Lintah kat kaki. Budak class ada katak masuk seluar bagai. Haha. Memang best. Paling tak kan dapat dilupakan.




Cuti sem pun dah bermula. Lapang fikiran dari fikir segala exam, assignment dan sebagainya. Fikir untuk cuti sem je sekarang. Ape nak buat. Aku masih takde plan lagi. Tapi akan difikirkan lah. Hehe. Ok, selamat bercuti kepada semua yang bercuti sem. Jangan buat benda bukan2. Jaga diri semasa cuti! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: