Saturday, July 21, 2012

Welcome Ramadhan


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, menjelang sudah bulan Ramadhan yang dinanti. Puasa pun makin awal. Tanggal 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan sudah pun tiba. Sudah tiba untuk semua umat Islam menjalankan ibadah berpuasa.

Pejam celik sekejap dan sampai bulan Ramadhan. Bulan untuk menambah amalan dan pahala kita yang kurang ni. Berpuasa dari semua benda. Mencarut mengumpat membenci mengutuk dan sebagainya. Kalau boleh jangan la bulan puasa je baik, lepas bulan puasa jadi naharom.

Tang makan tu, setengah orang kata bulan puasa pun boleh mengurangkan berat badan. Ada pulak yang kata makin makan banyak macam ada saka dalam badan. Haha. Pandai2 lah jangan tamak takut membazir pulak. Bak kata video mat lutfi tu, "Berpuasa kerana Tuhan".

Alhamdulillah, masih hidup dan sempat habiskan puasa untuk hari yang pertama. Perasaan biasalah, perut macam singa mengaum tak makan setahun. Tapi lama2 nanti ok la. Dapat berbuka dengan family harini sangat best. Best hari pertama puasa memang ada dekat rumah, bukan kat Shah Alam. 

Jangan ler dok ponteng2 puasa ye. Yang lelaki cuba penuhkan. Yang perempuan ni susah sikit nak penuh memandangkan ada datang bulan. Tapi insyaallah boleh puasa penuh. Pandai2 la hormat bulan puasa. Agak2 ponteng puasa ke, atau memang jenis tak puasa, jangan nak bangga bagitau semua orang ye. Elak dipanah petir satgi.

Ape2 pun, Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Selamat datang bulan Ramadhan.Semoga bulan Ramadhan pada tahun ini memberikan seribu satu makna untuk kita semua dan mendapat keberkatan dari Allah. 

Selamat Berpuasa! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: