Sunday, June 3, 2012

Snow White & The Huntsman

Hello dan assalamualaikum semua. Semalam kita keluar jalan2. Pergi KL je. Itu je paling senang nak pergi. Hehe. So decide nak pergi tengok wayang semalam. Nuar dah beli tiket dari hari Jumaat. Dan memang sangat penuh. Baru hari apa.

Kiteorang tengok cerita Snow White & The Huntsman! Aku tengok pukul 1.50 tengah hari dekat Pavilllion. Pergi minum2 sementara tunggu. Excited ni macam dah lama gila tak tengok wayang. Hehe. Cerita tu memang lama jugak k. Aku tengok jam dalam 2 jam camtu. Tapi,  lama2 pun, aku rasa sangat berbaloi tengok. Bagi aku cerita ni memang best!


Sorang pelakon dari Twilight, Kristen Stewart lagi sorang dari cerita Thor, Chris Hemsworth. Kristen Stewart sebagai Snow White, Chris sebagai Huntsman and Charlize Theron sebagai permaisuri yang jahat dan obses dengan kecantikan kekal awet muda. Cerita ni hasil arahan Tim Burton yang buat cerita Alice in Wonderland. Memang sangat kreatif. 

Konsep cerita sama macam Snow White, cuma ada kelainan sikit lah. Nak tau kelainan? Kena tengok sendiri. Untuk aku, aku memang suka cerita camni. Walaupun ada Kristen Stewart yang muka tak berperasaan sangat dan aku tak berapa nak suka, tapi ok je semua jalan cerita.

Chris Hemsworth memang sangat aummm gila. Ada jalan cerita happy, sedih, dan macam2 lagi. Semua complete. Aku bagi rate 9/10 untuk cerita ni. Awesome!!!! :)

Lepas tengok wayang, kiteorang pergi Dollstore untuk membeli tiket gig Thick As Blood, Sabtu depan 9 June 2012. TwtUpKami jatuh pada hari yang sama. But still, aku akan pergi singgah jugak TwtupKami tu. memang kena pergi. Dah alang2 buat dekat Bukit Jalil, pergi jela kan. 



Itujelah pasal cerita semalam. Dan ada cerita sedih yang aku nak sampaikan. 

Kepada yang mengenali Mohd Hafiz Bin Shaharudin atau dikenali sebagai Apit, Jawa atau Dani Barker, beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 2012. Dia meninggal pagi tadi rasanya. Aku tak sure akibat kemalangan jalan raya bersama rakannya. Rakan beliau terselamat dan masih lagi di dalam ICU.

Arwah memang baik orangnya. Dengan semua orang dia berkawan dan tak pernah memilih kawan. Cerita bermula time aku tengah tidur. Mira Mir call aku. Aku ingatkan siapa.

Mira : Weyh aku ni Mira. Apit weyh. Apit!
Aku : Menda dengan Apit ni? Apit mana? (mamai baru bangun tidur)
Mira : Aku baru tengok status dia malam tadi weyh. Dia dah meninggal
Aku : Apit mana pulak ni? Kau jangan main2 mira. Aku baru nampak status dia pagi semalam.
Mira : Apit la! Hafiz Shaharudin. Yang panggil aku ranggi tu.
Aku : Ya Allah kenapa????
Mira : Dia accident pagi tadi

Aku tengah mamai masih tak percaya. Aku text billa. Billa cakap memang betul. Abang Shadot bagitau ape semua. Haih aku tak percaya, aku gerak amik Billa, Bedah terus pergi masjid Taman Impian Ehsan. Mula2 jejak kat masjid tu, aku rasa macam tak percaya arwah dah pergi. Dalam otak, betul ke ni? Tak kan awal sangat kot? 

Tanya dekat abang Shadot, accident dekat MRR2. Arwah takde luka ke apa. Mungkin dalaman. Ya Allah, kalau dah sampai ajal, tetap ajal. Aku rapat dengan arwah masa tadika. Tadika sesama. Bahan membahan budak cina berhingus hijau dan terkencing dalam seluar. Start sekolah rendah dan menengah, tak rapat sangat dah. Tapi masih berkawan.

Last aku jumpa arwah, masa aku pergi Rock The World bulan 12 tahun lepas. Itulah last aku panggil nama dia, cakap dengan dia. Peh terkilan. Tadi sampai pun tak sempat tengok muka arwah. Tengah disembahyangkan masa kami sampai. Hmmm, aku still dalam keadaan tak percaya. Sedih tengok mak ayah dia menangis kehilangan anak. 

Time kebumi, menangis aku sebab sedih gila. Tengok orang tu angkat masukkan jenazah dalam liang lahad.  Ramai datang tadi. Kawan2 arwah semua datang. Dah boleh lihat dah arwah masa hidup dulu memang ramai kawan. Baik dengan semua orang. Bila dia dah takde, semua datang jenguk. Kadang2 aku terfikir dosa aku buat kat orang. Dah cukup ke amal ibadat aku. dah bersedia ke nak mati. Siapalah akan rindukan aku, dan jenguk aku kalau aku dah takde nanti. Hmmm.

Terkilan sebab arwah muda lagi. Sebaya. Tapi dia pergi dulu. Dia pergi tinggalkan kita  semua. Takpelah, ajal maut di tangan Allah. Kita tak tau bila ajal kita, macam mana kita mati. Semua ketentuan Allah. Kita yang masih hidup, teruskan kehidupan. Beramal selagi sempat. Kita jadikan cerita ni sebagai pengajaran.

Semoga arwah Apit tenang di sana dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kau memang kawan yang baik untuk semua orang. Semua orang sayangkan kau. Dan semua orang tak kan lupa dan akan rindukan kau Apit. Al-fatihah kawan :'(


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Nur Nabilla binti Sazali said...

meh join contest nie.
seriously awesome prizessss. :D

http://nabillapolkaaa.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

Shazana Samaluddin said...

promote kat chatbox kan boleh.