Tuesday, May 29, 2012

Makan-makan

Haritu, permulaan cuti sem dimulakan dengan pergi memancing dekat Teluk Gong. Aku rasa entri dedulu aku pernah tunjuk kot tempat tu. Harini, sempena cuti sem, saje main masak-masak kat dapur. Memandangkan dah lama tak masuk dapur. Ehem.

Dari semalam memang plan nak buat mac & cheese. Yang dah siap dalam paket tu la. Nak buat sendiri memang tak dapat la. Sebelum buat tu, tetiba timbul idea nak buat potato chips sendiri. Ala macam mister potato dan lain2. Tapi homemade punya. Nama resipinya Spicy Potato Chips.

Aku amik la tepung gandum + serbuk cili + garam. Ikut kuantiti kentang, dan tahap kemasinan dan kepedasan yang anda mahukan. Aku gaul sampai sebati. Tak yah letak air ke apa. Cuma amik je kentang yang dihiris nipis2, aku salut dengan adunan tepung tadi. Make sure potong nipis2 sebab baru rasa rangup nanti. Then goreng! 

Ni lah hasilnya tak seberapa. Rasa seakan2 sama. Layan je, cicah dengan mayonis ke, sos cili ke. Sedap! Cuba la try. Ni untuk orang bujang yang malas masak. Hahaha


Then terus masak mac & cheese. Saje cuba jad mat saleh makan benda alah ni. Haha. Just campur air, low fat milk, dengan satu sudu teh butter. Then masukkan apa yanga ada dalam paket ni. Kacau sebati, then tutup biar dia mendidih. Sampai la kuah kering. 

Senang je. Dah siap, taburkan lah parmesan cheese ke apa kalau suka extra cheese la. Sebelum masak tu, kalau tak nak rasa kosong ke, letak la seafood crab ke, ayam ke apa kalau tak nak muak. Tadi aku tak letak sebab baru 1st time cuba. ni hasil dia. Tadaaa ;)



Itu saja nak dikongsikan. Antara menu2 orang bujang yang pemalas nak masak nasi. Tau2 benda yang dah siap dan simple je. Tapi tak boleh la makan hari2. Datang penyakit lain kang. Selamat mencuba! :)

p/s : Boleh masuk Masterchef tak agak2? HAHA


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: