Thursday, May 24, 2012

Kembali


Alhamdulillah, selesai sudah final exam untuk short semester kali ini. Lega sangat. Setelah berhempas pulas bersengkang mata menghafal nota-nota yang ada. Diharapkan keputusan mencecah anugerah dekan. Amin. Tempoh cuti diberikan masa dua minggu. Ahhhhh, aku rasa dalam masa dua minggu tu, korek gigi pun tak sempat. Sekejap sangat. Perasaan sangat celaka.

Tapi lepas exam, aku dengan kawan-kawan pi ikea makan meatballs. Time tu lah makan macam ada saka. Sebab kepala otak pun dah tenang. Makan pun senang hati.

Sila lah datang karaoke dekat Loudspeaker Subang. Pehhh aku puas hati sebab ada time murah gila sekepala cuma bernilai RM11 selama 3 jam. Karok lah sampai muntah. Tempat paling puas hati aku rasa sebab tak banyak tempat karaoke yang ada bilik besar dari karaoke jamban. Lagu semua banyak baru. Dorang ni jenis rajin update. Tempat pun besar. Good job!

K bermula balik pada topik 'kembali' ni. Yeah, diwaktu lapang ni, kembali semula bersama dengan laman sosial yang ada ni. Memandangkan begitu terabai sebelum ni. Twitter, Facebook, Tumblr, Blogger, Formspring, Lomography semua sedang menanti. Mohon bersedia nampak muka aku je hari-hari online. Kahkahkah

Harap2 ada la aktiviti berfaedah yang aku boleh buat nanti.. Mungkin pergi Twtup Kami? Gig? Jalan-jalan? Hmm. Akan menggunakan cuti dua minggu ni secara baik. Insyaallah. Untuk kawan-kawan yang dah habis exam, selamat bercuti. Selamat berehat. Jaga diri semua. Semoga berjumpa di sem baru nanti :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: