Monday, June 11, 2012

Penutup Cuti Semester

Hello! Sempena penghabisan cuti semester ni, aku eluangkan masa pergi ke event TwtUpKami dengan gig Thick As Blood. Ye, event berlaku dalam satu hari. Mula2 dapat tahu, macam frust sikit. Nanti leceh nak berlari sana, berlari ke sini. Nak pilih salah satu, memang tak lah. Kita pergi dua2 jalan penyelesaiannya.

So aku gerak dengan Nuar. Kiteorang decide nak pergi TwtUpKami dulu. Sebab TAB pukul 4 petang. Nervous jugak nak pergi. Ramai twitfamous, hot2 meletup semua pergi kan. Naik LRT, then sampai. Tak plan pun nak jumpa sesapa dekat sini. Sebab bukan ramai sangat pun kawan twitter aku ni. Hehe.

Sampai2 je, ramai gila yang datang. Tak sangka pukul 12 tengah hari dah penuh orang datang jalan2 lepak semua. Banyak jugak booth yang dibuka. Lagi2 booth jual baju vintage. Geram betul. Lawa2 baju dia dan harga pun berpatutan. TwtUpIpoh ada, TwtUpJoho ada. Semua bergabung. Memang best. Macam biasa, mula2 datang kena register dulu tulis tweethandle. Nanti dapat sticker free! :)


Dorang ada buat permainan tradisional. Dan aku ternampak Karl Shafek. Awal betul dia sampai. Dan dia sangat handsome orangnya. Serious. Dalam tv nampak macam lembut2 sikit tapi dekat luar, memang handsome. Dia lalu sebelah je, then rugi tak panggil nak bergambar dengan dia. Segan pulak. haha

OOTD :)
Tengah duduk lepak bawah pokok, tiba2 orang dah start perform. Antaranya yang perform petang tu, @daiyantrisha. Dia ni ada rupa Liyana Fizi sikit. Memang famous dekat Youtube dengan Twitter. Lepas tu yang perform ada Andy Flop Poppy. Dah berumur dah dia. Takdela tua sangat, tapi legend lah.

Ingatkan siapa yang rupa ala2 skinhead time tu. Rupanya dia. Bayangkan semua orang suka dengan performance dia. Lagu dia siape je yang tak hafal. Dari zaman sekolah membesar dengan lagu2 dia. Aku harap ada orang yang rakam. Teringin nak tengok balik. Dan aku pun tak sangka aku boleh sing a long hafal lagu dia.

Lepas tu ada fabulous cats. Cat Faris dengan 3 Swagger apa tah. Haha. Ade perform sekali. Time tu jelah last aku tengok performance. hari semakin panas. Time tu pun dah nak dekat pukul 4. So memang decide nak terus pergi Central Market.

Daiyantrisha
Legend
Fabulous Cats
Us
Hampa sekejap sebab niat nak tengok DJ Nas-T atau Abu perform. Haha. Teringin gila tengok dia perform. Hehe takpelah, terus gerak ke Central Market untuk pergi ke Thick As Blood. Baju semua dah siap bawak. tak kan lah nak pakai blouse bagai dalam gig haa. Susah lak nak bergerak. Aku siap bawak kasut sekali haa. Hahaha. Tadaaaa dah bertukar wajah.

Second OOTD. HAHA
Comel kan? HAHAHAHAHAH. Ok teruskan, tunggu punya tunggu, janji Melayu, lambat gila start. Pukul 7 baru start. Kalau tau lambat macam ni, sempat jugak lah tengok Nas-T perform dekat sana. Haih menyesal betul. Redha jelah, lepak mamak sementara nak tunggu masuk. 

Tiket dah beli awal2 haritu. Masuk2 je dah band kedua yang main kot. Aku tak ingat tapi Black Territory lah yang perform. Ada Deadscore, Naratu, Dick Tracy. Ada band singapore tu aku tak ingat ape ke nama nya tah. Haha. Sebenarnya nak tengok Naratu haa. Haha. 

Macam tak percaya aku boleh hafal lagu dia sebab dengar dari sekolah lagi. Pergi Mampus la, ****mak la. Memang terbaik lah dorang bawak. Puas dengar :D


Oh aku ada beli baju Thick As Blood bernilai RM40. Yang warna hitam punya. Saje beli. Aku jarang ada tshirt haa. Nak gak sekali sekala bawak pi class ke apa ye tak. Haha. Tank top dia pun lawa. Sayang duit tak mencukupi. Kalau tak dah beli dah. Ramai gak berkerumun nak beli baju. TAB pun bawak banyak baju2 dorang. 

Yeay, terakhir sekali Thick As Blood. Aku tergelak bila budak2 ni mengajar dorang ni mencarut. Dorang siap tanya "What is that?" HAHAHAHA. Celaka sekor2. Dorang pun macam mosh tak hengat dunia. Masing2 dengan lagaknya.

Aku takde makna nak dok depan. Mampus kena lanyak kang. Tak sempat lak kang masuk semester baru. So memang dalam proses menjaga diri. Haha. Dorang perform memang terbaik. Memang berbaloi siapa yang bawak depa ni.

Lagipun handsome2 betul dorang ni kalau kat depan2. Kat gambar takde handsome mana pun. Ataupun hormon tak betul mase tu. Haha


Itu jelah aktiviti penutup aku untuk cuti semester. Isnin dah start class macam biasa. Haih, sekejap je cuti.  Dah start duduk rumah baru nanti. Pape pun, walaupun sekejap je cuti, tapi memang best. Tak sabar nak cuti sem lagi. Tak sabar nak pergi event2 macam ni lagi. Gambar selebihnya dekat dalam facebook. Hehe. Wish me luck for my new semester.Bye :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Atyn Roslan said...

Good luck for your next semester! ;D

Shazana Samaluddin said...

hamboih, tak jadi misteri girlzzz. dah. bagus. hahaha