Tuesday, April 3, 2012

Wrath Of The Titans


Hello! Nak diumumkan bahawa telah sebulan lebih aku tak tengok wayang. Kah kah kah. Last cerita aku tengok tu cerita Underworld tu. Memandangkan harini takde class langsung, aku keluar lah kejap pergi tengok wayang sempena orang mengajak aku.  Harini baru berpeluang nak tengok wayang balik.

Yeah aku tengok Wrath Of The Titans! Mula ditayangkan pada 29 Mac lepas. Cerita ni sambungan daripada Clash Of The Titans yang pernah ditayangkan dekat pawagam dulu. Aku memang mengikuti cerita ni. Masih ada pelakon lama lagi yang dikekalkan. Antara pelakon-pelakon movie ini adalah

  • Perseus (DemiGod Son of Zeus) - Sam Worthington 
  • Andromeda - Rosamund Pike
  • Hephaestus - Bill Nighy
  • Ares (Son of Zeus) - Edgar Ramirez
  • Agenor (DemiGod Son of Poseidon) - Toby Kebbell
  • Poseidon - Danny Huston
  • Hades - Ralph Fiennes
  • Zeus - Liam Neeson

Aku sukakan Sam Worthington yang dulu. Dalam cerita ni rambut dia panjang kerinting nampak selekeh lak. Nampak tak hensem. Haha. Dalam cerita ni, Perseus dah ada anak lelaki bersama isterinya yang dah mati bernama Helius.

Aku nak cerita sinopsis dia, tapi macam panjang sangat. So korang kena tengok sendiri. Macam tak surprise lak nak bagitau semua benda kan. Agak2 rajin, gi google cerita ni. Muahahaha. 

Bagi aku, yang ni lagi best dari Clash Of The Titans. Sebab lebih banyak aksi ape semua. Macam2 unsur ada, sayang, benci, cemburu, khianat, berani bla bla bla. Semua complete.


Aku bagi rate untuk movie ni, dalam 9.2/10 la kiranya. Ade point2 lak rate aku ni. Haha. Boleh tahan la ceritanya. Kalau siapa yang ikut cerita ni dari dulu, mungkin faham lah. Pape pun bagi aku, cerita ni memang best. Selamat mencuba untuk tengok cerita ni. Haha. Bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: