Monday, April 9, 2012

My OOTD :)

OOTD tu Outfit Of The Day. Haha. Semalam pergi shopping mencari baju tank top yang dikehendaki dekat BB. So I went to BB dan dapat la tank top dalam dua helai. Paper bag lawa kan? Muahaha. 

Entri ini takde ape pun, cuma nak share my outifit yang dipakai semalam. Melancarkan kasut, baju dan seluar yang tak pernah dipakai lagi. Ni memang gaya yang aku selalu gunakan. Simple je. Aku maleh nak pakai funky2. Asalkan selesa untuk berjalan ke mana2.


Macam aku, aku suka baju murah2 je. Bundle pun aku layan. Aku tak kisah kan jenama asalkan barang tu cantik, berkualiti tahan lama dan selesa. Buat ape mahal2 kalau tak tahan lama. Then tak cantik. Beli disebabkan jenama je pun tak guna. Orang bukan tau pun. Tak semua orang nak tahu jenama pakaian kita. 

Ade ke tiap2 kali kalau jumpa mana2 orang, ada ke orang tanya 'Kau pakai jenama apa harini?' 'Berapa ribu jenama yang kau beli ni?' Aku rasa takde kot. Cuma segelintir yang penyibuk je suka gitu kot. Hahaha.

Disebabkan aku ni macam 'berbadan comel', ramai tanya mana aku beli baju seluar beg bagai. Mereka ingat aku beli kat kedai yang tertentu untuk mereka yang plus size. Mereka cakap baju badan besar ni susah cari bla bla bla. K aku tak nak dengar. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sekarang aku rasa bersepah je baju2 yang ada pelbagai size. Aku rasa tak susah pun. Ada je dekat mana2 kedai pun. Janji rajin mencari dan rajin bertanya. Jangan sesegan nak tanya ada size ke tidak ke. Aku rasa banyak je kedai sekarang jual pakaian extra size ni. Dekat Forever 21 ada, Cotton On pun ada. Kalau kat kedai biasa, dekat Sungai Wang, BB pun banyak je aku rasa. Dekat mana2 pun lah. Sila rajin! Rajinkan diri!


Macam aku, aku suka window shopping. Aku survey tempat. So bila ada yang berkenan, next time terus datang je kedai tu. Untuk pakaian semalam, meh aku share dekat mana aku beli, berapa bajet ape semua. Hahaha. Baju murah2 je woi. Takde jenama pun. Asalkan bahagia. 

  • Blouse - Kedai di Sg Wang, RM30
  • Jeggings - FOS, RM49
  • Boot - Ehem jenama ciplak, RM63
  • Handbag - Jalan TAR. RM14 (Percaya atau tidak?)
  • Bowler Hat - Kedai di Sg Wang, RM49

K kantoi ada beli dekat Jalan TAR jugak. Argh peduli apa aku, janji beg tu cantik. Classic. Murah pulak tu. So aku rasa benda tu berbaloi. Muahaha. Ok la kan setiap satu benda bawah RM100. Tak yah nak beli mahal2 pun. Dengan harga yang murah, macam2 benda kita boleh beli sebenarnya.


Jangan hilang confident nak masuk mana2 kedai. Jangan terasa macam didiskriminasi. Sebenarnya ada je size untuk badan2 sado ni. Hahaha. Tak susah pun, rajin masuk mana2 kedai, rajin bertanya apa semua. Rajin survey jugak.

Rasa2 tak selesa dengan badan, bawak2 diet lah. Rasa selesa dan yakin, teruskan bergaya mengikut keselesaan. Benda ni semua ikut selesa masing-masing je pun. Ikut tahap konfiden setiap individu.

Pastikan sediakan bajet yang mencukupi. Kalau berbaloi nak keluarkan duit lebih sikit, pergilah kedai2 yang ada jenama. Kalau tak mampu, cari dekat kedai2 biase. Mengikut kemampuan masing-masing. Dan jangan lupa, ikut keselesaan kamu semua. Ikut kesesuaian badan masing2 juga. Ok itu sahaja yang nak di share harini. Bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Kc Kasedah said...

jenama tu tak penting sgt. apalah ada pad jenama klu tak reti nak ,elaram jugak kan?haha nice gila outfit nana. nice sesangat! :D

keep it up, babe!

Shazana Samaluddin said...

betul2! terima kasih kc! :)