Tuesday, March 20, 2012

4th Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta

Siapa suka hot air balloon? Wooohoooo, seperti yang diberitahu haritu, aku dah pergi ke pesta belon panas yang diadakan di Putrajaya haritu. Dah berkurun lamanya tak tengok belon panas sejak zaman kecik lagi. Ni dah ada peluang, aku pergi.

Aku pergi dengan mak ayah aku. Bertolak dari rumah pukul 6.40 pagi. Dan sampai pukul 7 camtu. Aku ingatkan, aku lah orang pertama sampai ke. Rupanya ada yang lagi saiko. Parking dah penuh semuanya. Ada yang tidur dalam khemah. Dan ada yang dah beratur panjang untuk beli tiket naik belon panas tu. 

Pagi tu memang sangat ramai. Ramai photographer2 yang gila datang awal pagi. Bawak kelengkapan macam2. Macam aku cakap haritu, pukul 7 ada hare and haound competition. Time ni jela kita dapat tengok belon pelik2 dan unik. Setakat belon untuk orang naik tu memang ada, maksud aku belon panas yang lain. Ada macam2 warna dan bentuk.


Lihat, betapa ramainya yang datang. Baru pukul 7 pagi masa tu. Aku dengan family aku dah siap2 dapatkan position. Tempat yang paling nampak. Kat tengah2 la. Ingatkan dapat masuk, rupanya ada VIP pass untuk masuk ke dalam tu. 

Rugi betul. Mungkin kena bayar benda tu, tapi kelebihannya dapat tengok dengan lebih dekat. Senang nak amik gambar ape semua.

Saiko
Ayah dan Mak

Dalam 7.30, dorang dah siap pasang semua belon2 tu. Tu aku cakap, kena datang awal kalau nak tengok. Tak rugi datang awal bagi sesiapa yang minat benda2 macam ni. SEBAB, by the time dalam 8 pagi lebih macam tu, semua belon dah terbang dan landing tempat lain.

So, aku betrtuah dapat tengok semua 28 jenis belon yang bertanding masa tu. Aku sangat tertarik dengan belon2 yang ada pelbagai bentuk. Bentuk kek, burung la, pokok, kucing dan sebagainya. Macam2 ada kan? :)

Tapi macam frust, sebab belon darth vader dengan doremon takde tahun ni. Aku ingatkan ada. Nak jugak tengok.

Looks yummayh!
Up up and fly away~~
Tree Balloon
Miu miu
Ark ark ark~~

Macam aku cakap entri sebelum ni, aku decide untuk menggunakan jugak camera lomo Diana F+ aku tu. Dah lama tak berkhidmat. Alhamdulillah, hari sabtu tu, cuaca memang baik gila. Tak hujan, tak mendung pun! 

Tu semua photographer yang ada, ligat mengambil gambar ape semua. Sebab lighting semua ok. Memang tak mendung ke berkabus ke apa.

Pretty baby

Lepas competition dah habis, mak aku gi jalan2 tengok booth. Aku dengan ayah aku jalan pergi tengok2 ape aktiviti yg ada. Banyak la sebenarnya, tapi ramai orang beratur. Memang tak la nak tunggu. Paintball, bola plastik tu, naik helikopter, hot air balloon ride dan macam2 lagi.

Presint 2 ni memang cantik. Banyak taman2 yang sesuai untuk orang buat sesi photoshoot ke apa ke. Sebab memang lawa. Rumput hijau bersih. Macam rumput kat oversea la katekan.

Acara guling hindustan
Greedy
Hai saya kat oversea

Kat situ pun, banyak booth2 yang ada. Makanan semua ada baik KFC, kenny roagers, pizza hut dan macam2 lagi. Kalau nak beli2 barang pun ada. Tapi banyak la orang jual belon2 untuk budak kecik tu. Angry bird la, upin ipin la. Haha.

Colourful balloons

Lepas tu, kami singgah ke Alamanda, dan pulang. Tapi tunggu dulu, belum berakhir lagi cerita entri ni. Kan aku dah cakap, untuk hari Sabtu, ada Night Glow & Fireworks kan untuk night session punya. Aku tak pasti, rasanya hari lain memang takde. 

Siapa yang terlepas tengok yang siang punya, boleh datang malam pulak. Tapi untuk hari sabtu jela. Dapat la tengok lagi belon2 yang sama. Tapi cuma dia tak terbang la.

Aku pergi jugak pada malam tu! Lagi ramai! Orang parking kereta sampai tepi2 jalan. Sanggup berjalan kaki semua. 

Time night glow ni sangat cantik. Balloonist akan nyalakan api tu, mengikut rentak muzik yang ada. Memang cantik la. Walaupun malam susah sikit untuk mengambil gambar, tapi ini jelah hasil terbaik saya.

Night glow

Untuk penutup, persembahan bunga api. Terkejut aku tetiba ada bunga api dekat belakang aku. Memang posisi yang terbaik aku duduk time tu. Haha. Ini lah hasil gambar saya yang tak seberapa.

Baby you are fireworks~~
Come on let your colours burst~~

Nak masukkan semua gambar, memang jenuh lah mak jemah disini ye. Banyak lagi gambar yang ada, tapi semua dah diuploadkan ke facebook. Kalau korang nak tengok, boleh check hasil kerja saya yang tak seberapa di facebook aku, Shazana Samaluddin

Kesimpulannya, memang best. Tak sia-sia datang pagi sebab dapat tengok semua benda. Ramai kawan2 aku yang pergi, ada yang tak sempat nak tengok semua sebab terdatang lambat. Takpe, next year ada lagi.

Dan memang confirm, aku akan pergi lagi kalau ada next year. Korang pun, try lah pergi. Tak kan asik tengok di tv atau online sahaja. Pergi tengok live. Mesti syok dan puas hati. Ok bye :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

AL AZRUL said...

terbaik..
thun lepas pergi sni..
thun ni tak sempat nak pergi..
mcm best dri thun lpas je..

Shazana Samaluddin said...

rasenya tahun lepas lagi best kot byk belon pepelik? haha. tapi tahun ni boleh jgk la. org semua dh tau. tu yg ramai gila pergi