Wednesday, January 18, 2012

Meminta Dan Memaksa

Assalamualaikum semua. Lama ke I tak update blog? Tak la kot. Kot la. Hehe. Harini tajuk entri meminta dan memaksa. Apakah? Aku saje nak share2 situasi yang selalu dilalui oleh aku. Mungkin korang pun mesti mengalami situasi yang sama.


Aku nak cerita pasal kisah2 peminta sedekah yang makin lama, makin ramai dalam masyarakat kita. Bukan sorang dua orang, makin menjadi2 ramainya. Kes macam ni dari dulu dah ada, tapi cuma sekarang, makin tak dapat dibendung.

Banyak yang jadi orang buta, terbaring tepi jalan, kaki takde, golongan kanak2 kecil dan sebagainya. Sekarang ni, dekat kedai2 makan pun selalu ada. Dekat pasar malam tak payah cakap la, lagi ramai. Mana2 kita pergi mesti ada.

Kalau sesiapa lah yang selalu melepak dekat KL, area2 Bukit Bintang, Sungai Wang dengan Times Square, perasan tak kalau time kita tengah makan mesti akan datang orang buta jual tissue. Tak sampai satu jam makan kat situ, dah ade 3 ke 4 orang datang. Kekadang nak makan pun tak senang.

Bukan jijik ke tak suka ke, tapi sebab tension takde duit nak bagi. Abis kalau dah 10 orang datang, tak kan RM10 nak hilang camtu je. Kopak lah gitu. Kadang2 rasa simpati jugak kat dorang. Mereka cari rezeki dengan cara yg macam tu. Jual tissue, dengan buta nya. Dengan panas teriknya. Tapi nak buat camne, setiap masa nak bagi pun, tak boleh jugak ye.

Yang aku peliknya, hari2 orang yg sama, tak tau lah ade sindiket ke, ade agen ke yang menghantar dorang ni. Sebab aku pun macam hampir mengenali orang2 yg selalu jual tissue tu. Haa cemano?


TAPI DISEBALIK KES-KES CAMNI, ADE JUGAK YANG BERANI NAK MENIPU !! 

Yang ini aku nak marah ni. Meh aku cerita kan antara dua pengalaman yang buat aku marah ni. Maksud aku ni, pura2 jadi peminta sedekah. PURA-PURA semata k. Sedangkan elok fizikalnya tiada cacat cela, sanggup 'mencacatkan' diri sendiri. (Berlakon menjadi cacat, buta & sebagainya). 

Dulu, mase aku gerak nak pergi Pasar Seni, sedang2 aku tengah tunggu Nuar kat train LRT tu, adelah sorang pakcik ni dalam lingkungan umur 40 macam tu. Berjanggut kambing sikit, pakaian ala2 kasual, kacamata hitam disangkut atas kepalanya ala2 macho sambil memegang tongkat orang buta, tapi tak buta. Ok fine, dalam kotak fikiran mengatakan mungkin tongkat tu nak bagi kawan dia, ataupun saja untuk sebat2 libas2 orang yg ada.

Kemudian, dia turun escalator. Sesudah turun, die memakai kacamata nya sambil berjalan, dia bertindak serta bergaya sebagai orang buta sambil tangan dihulurnya untuk meminta sedekah. Tangan yang meminta dengan selamber walaupun diri tak secacat mana. Sempurna Allah jadikan. Tapi, meminta dan memaksa.

Ramai gak yang tolong dia lintas jalan pebenda semua, tapi sedangkan dia normal! Aku lak yg tension. Alhamdulillah masih ade manusia yang baik nak tolong org buta. Tapi tu tak buta pun. Kalau dorang tau pakcik tu cemana, mungkin dorang sendiri dah tolak pakcik tu kena langgar bus. Haha


Dekat gerai makan seksyen dua Shah Alam tu, budak2 mintak sedekah. Bila tak nak bagi, kerek gila marah tak dapat duit. Meminta & memaksa.

Macam harini, aku dengan Wani makan dekat Restoran D'Lawang area2 MSU tu. Sambil tengah makan2, ade seorang makcik ni, tua dan tak bermaya. Datang seperti manusia yang tidak sempurna jalannya, kelihatan cacat, dan tak berdaya nak berjalan sedang masuk ke dalam kedai makan tu. 

Datang ke meja kami meminta sedekah hanya RM1 yang dimintanya. Dengan nada meminta dan memaksa nak duit. Kami tak bagi pun. Nak tahu makcik tu cakap apa? "Takpe duit takdo la tu". Amboi kemain, nak cakap aku miskin dari kau ye? Nak tau jugak kenapa aku tak bagi? Sebab makcik ni la, yang aku tasha alyaa wani jumpa mase kiteorang makan dekat Restoran Barra Seksyen 7 Sabtu lepas!

Macam mana die travel sampai ke area MSU? Macam mana? Yang aku nak marah ni, lepas dia keluar kedai tu, elok je dia berjalan. Takde bengot2 menunjukkan cacat tak larat ke apa. Memang sialan lah ceritanya. Macam ayah aku cakap, sebenarnya meraka yg fake2 ni, berjaya meraih simpati orang ni, semua lagi kaya dari yang memberi sedekah tu.

BETUL KE TAK? Sebab cuba kira eh, kalau satu kedai makan dah dapat RM10 dari sorang, cuba kedai2 makan yg lain pulak. Kedai makan kat Shah Alam pun banyak, boleh agak tak pendapatan dia sehari berapa? Kalau dia pergi dua tiga kali trip? Lagi kaya ok dari aku kerja dekat Secret Recipe tu wa cakap lu. 

Makcik tadi tu pun aku rasa mampu naik teksi nak merantau. Dari seksyen 7 boleh sampai ke MSU. Jauh gila jalan. Macam ape lah sial. Daripada penat nak ulang alik jauh tu, dah sama penat dah sebenarnya dengan bekerja secara normal. Baik kerja kan????

 

Kadang2 kesian la tengok orang camni, tapi cuba fikir balik, dah alang2 baik cari kerja. Masih banyak peluang pekerjaan yang ada. Masih banyak kerja yang halal. Kerja kilang ke, sapu sampah ke, tu lagi mulia kalau nak kerja menipu macam ni. Kalau selagi ade kudrat yang Allah bagi, cari kerja, meminta sedekah bukan jalannya.

Aku lagi prefer orang yang buta selalu jual tissue tu. Ataupun sorang buta bermain alat muzik die tepi jalan macam dekat Jalan TAR, Masjid Jamek semua. Atleast ku takde terkilan sangat nak sedekah pun. Itu lagi ok sebab ada effortnya, kira kau bekerja jugak. Bukan sesuka hati je miminta sedekah. Kalau yang takde kudrat tu, aku faham la. Itu memang menyedihkan.

Tapi yang aku baran yang sihat walafiat tu? Masih ade tangan kaki, masih sempurna penglihatan, masih sempurna segala-galanya. Tapi kenapa nak menipu macam tu? Kalau betul2 jadi cacat nak ke? Kalau betul2 jadi buta nak ke? Allah bila2 masa boleh tarik benda tu semua. 

Tu lah kehidupan orang sekarang nak cari duit. Leka bila dah dapat banyak duit, salah dan silap pun kita tak sedar. Memang zaman sekarang duit pun dah jadi segala-galanya, tapi nak cari duit pun biar berpada.

Harap-harap entri aku ni boleh la dijadikan iktibar untuk aku dan semua orang betapa pentingnya cari rezeki halal. Nak rezeki kita sendiri kena berusaha dan berdoa. Haa yang korang lak jangan cecuba nak jadi peminta sedekah lak ye sebagai alternatif. Banyak lagi cara lain. Peace!

Ok itu sahaja. Bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

4 comments:

dekan fizik said...

aku pun makin bosan tengok orang macam tu. orang tengah makan tetibe datang mintak sedekah. tak dapat duit, nak marah ugut-ugut pulak.
itu hari dah kena kepung dengan 5 beradik myanmar kat sek.2. sumpah fobia tak makan kat sana kalau weekends.

Shazana Samaluddin said...

haaaaaaa kan? kat seksyen 2 kuat mengugut. betul cakap kau. :)

Cik Puan Muda Umi said...

yg budak2 tu geram gila..penah kena..bila tak bagi,dia dok mintak kat situ la sampai kami blah dari tempat tu..rasa nk marah ja tapi biar lah kat dia berdiri situ tergedik2 kt sblah kami..dh org xnk bagi,xpham bahasa btol..haha..

Shazana Samaluddin said...

betul babe. dorang dok paksa2 yg tak tahan tu. tak bagi, die mencarut buat muka kt kiteorg time tu. mcm hape je =..=