Friday, January 6, 2012

Muda Cuma Sekali

Semalam pada petang yang dingin, tengah takde keje, aku bukak lah blog aku. Usha entri lama2, tengok semua macam kelakar pun ada. Tak sangka dulu aku kreatif menulis blog dari sekarang. Haha. Tengok kenangan lama, dalam tiga tahun lepas. Time tu aku tengah Form 5.

Seronok tengok2 kenangan waktu sekolah dimana time tu dunia terasa happy je. Walaupun SPM masa tahun 2009 tu, mmang seronok. Takde masalah nak fikir pun. Datang sekolah, cuma belajar, waktu rehat, belajar, balik rumah, buat homework, tidur.


Memandangkan budak2 baru start sekolah kan, semua macam merungut sekolah boring lah, ape lah. Dulu pun aku macam tu, konon tak sabar nak tamatkan zaman persekolahan. Lepas sekolah, amik kau, tahu lah camne hidup. Tak senang macam masa sekolah. Trust me.

Time belum masuk belajar tu, memang tengah bahagia lagi tau. Cuba nanti dah masuk universiti ke, kolej ke, mana2 pusat pengajian tinggi, tau lah problem camne. Macam2 nak fikir, ahlong PTPTN lagi, exam, quiz, presentation, duit belanja, semua benda tu kena fikir sendiri tak setension PMR SPM k? Haha. Di saat camni lah, baru kau tau seronoknya alam persekolahan.


Bukan tak seronok masuk universiti, memang seronok. Kita dapat timba pengalaman baru, kawan2 baru semua, hidup bebas, tiada siapa2 mengongkong. Tapi disebabkan masalah2 lain macam aku senaraikan tadi, kita sendiri boleh sakit jiwa i tell you. HA HA HA

Banyak kenangan masa sekolah2 dulu semasa berumur belasan tahun. Aku cuma pelajar yang biase. Tak terlalu baik, tak terlalu jahat. Time tu lah nak menyetan, time tu lah nak tidur dalam kelas, time tu lah tak buat homework, time tu lah nak ponteng sekolah, kena kejar cikgu. Typical punya perangai student.

Time tulah kau potong katak, masuk macam2 pertandingan, involve macam2 aktiviti walaupun sakai. Tapi keseluruhan nya aku seorang pelajar yg kasut nya sangat putih kerana tiap2 minggu kapur kasut. Muahaha.

Time sekolah kaya, dapat duit belanja pun sanggup tak makan. Simpan duit. Tiap2 minggu boleh joli, boleh beli macam2. Sekarang? Hampehh. Bila tak duduk dengan parents, semua nak kena bayar, nak beli barang disukai pun kena fikir dua tiga kali. Semua nya SENDIRI. Itulah fasa2 nak melangkah ke peringkat lain.


CAN YOU GUYS SEE THAT? WE WONT  BE YOUNG FOREVER. Sebagai hipotesis, semakin meningkat tahun, semakin itulah kita dimamah usia. Semakin dimamah usia, semakin rindu usia muda. Macam aku.

Bila tengok diri aku ni, pejam celik umur nak dah nak 20 tahun. Aku ada masa 6 bulan lagi nak menghargai umur belasan tahun aku. Macam tak percaya. Sedangkan aku rasa macam semalam baru aku 18 tahun. Kalau boleh memang nak kekal umur 18 tahun selamanya. Sebab time tu paling best. Baru masuk U, baru merasa bekerja, shopping dengan duit sendiri, tak tension ape2. Time tengah sekolah pun best.

Lepas ni dah takde belas2, lepas ni umur dah start puluh2. Takde istilah belas2 lagi dalam hidup. Tapi aku happy, insyaallah dah bersedia untuk menempuh ke alam lebih dewasa. Sebab kita hidup dengan memandang kehadapan, bukan ke belakang.

Hargailah umur yang ade sekarang ni, buat perkara2 berfaedah. Lompat setinggi langit, lari selaju cheetah selagi mampu, enjoy hidup yg ada, maintain sederhana jangan riak jangan takbur dan paling penting jangan lupa yang Maha Esa. Biar dimamah usia, tapi kalau sekali sekala maintain jiwa muda ape salahnya. Sekian terima kasih :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: