Tuesday, January 3, 2012

Perjalanan Baru


Assalamualaikum semua! Ok, today i went to my 'beloved' campus, MSU. Hahaha. Aku nak jumpa dengan kaunselor nak settle pasal degree aku. Nak tanya bila daftar, loan, bla bla bla. Banyak benda lah nak uruskan. Kali ni, aku uruskan dengan sendiri. Selalu ayah akan ikut runding sekali. Mungkin dia nak aku berdikari sendiri agaknya. Haha.

Kaunselor aku bagi program structure, borang register, brochure course yg aku nak amik. Haaa, ok aku lepasan Foundation Medical Science dekat MSU jugak. So aku continue jugak kat situ, then aku sambung degree terus. Course yg aku nak sambung ni Bachelor in Medical Science. Course ni, boleh pergi ke arah doktor ke, physiotherapy ke ape la anything la dalam health sc atau medical line.

So kalau aku ade rezeki, result baik, pointer cukup, aku nak continue lah amik degree doktor perubatan. Course ni selama 3 tahun je. So lepas tu sama ada jump terus ke tahun ketiga MBBS (Bachelor medicine & surgery) tu, takpun amik course2 lain lah. Tapi aku macam nak doktor tu. Doakan aku!


Aku tak nak give up lagi. Aku akan try cuba macam mana cara sekali pun. Aku pun dah tengok program structure dia. Semua macam 18 credit hour satu sem. GILA banyak. Tengok macam banyak subject membaca la. Kalu mengira2 ni, aku sumpah memang allergic tahap gaban. Puhleaseeee la. Math dengan aku tu, ibarat kena ulat bulu kat badan, pastu gatal k. Hahaha

Ni lah subject untuk year 1. Insyaallah aku boleh buat. Malaysian studies dengan Islamic studies aku dah pernah amik, so rasanya boleh drop dah. Hehe.  


So nanti akan start dengan short sem. Tu la yg tak pasti, subject ape nanti akan diamik. Sebab short sem dalam program structure tu Malaysian Studies dengan Islamic Studies. Tapi aku dah amik. Nanti lah kot dirunding.

Start daftar Isnin depan. Kena ready kan macam2 document nak hantar. Harap2 nak daftar nanti pun takde masalah. Nak daftar pun ade discount sebab aku student kt situ dulu kan. Hehe. 

Ni lah perjalanan baru yg aku akan lalui untuk tahun 2012 ni. Sambung belajar degree pulak. Perjalanan yg bakal menentukan masa depan aku nanti. Maksudnya dari segi kerja semua nanti. Takut dan nervous. Tapi dalam masa yg sama excited sebab aku dah lama menganggur. Muahaha.

Aku tak kan give up mencuba lah. Hehe. Aku pun nak berjaya, aku dah berniat dari kecik nak tolong orang,  tak kesah la course ape, tapi dalam medical line. Kalau rasa nak capai satu cita2 tu, try lah usaha. Jangan give up. Teruskan perjuangan. Jangan sebab benda2 kecik, kita senang jatuh. Terus bangun, terus bangkit. Insyaallah. Harap2 aku dapat capai ape yg aku nak. Amin. Doakan aku berjaya. :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: