Friday, January 27, 2012

Kelas Pertama


Assalamualaikum para blogger jaya sekalian! Macam entri semalam, aku dah bagitau kan, harini aku dah start kelas pertama untuk degree aku. FINALLY, ada jugak lah kelasnya setelah 3 minggu aku tunggu dari time register tu. Pagi2 aku dah pergi Shah Alam walaupun kelas petang. Haha. Ok aku dah official memang amik Bachelor In Medical Science under faculty International Medical School.

Aku pergi settle hal MARA semua tu, Tu aku datang awal. Lepak2 dan makan dengan wani. Ok kelas aku start pukul 2.30 kat Physiology Lab Level 11. Aku pergi dengan Wani, dah wani nak teman kan. Duduk jela depan lab tu. sambil memandang a few staff lab dengan IMS yang comel lote tu haa. Haha

Jam dah menandakan 2.45 petang. Aku macam alaaaaa kena prank ke hape ni. Takde sorang pun yang ada depan lab tu yang menunjukkan dorang ada class yang sama dengan aku. Memang tunggu punya tunggu, datanglah seorang lelaki memasuki lab tersebut. Berbadan sasa, tinggi orangnya. Aku dah agak mesti lecturer. Aku cam cuak nak masuk.


Yaya Jakuan takde! Patutnya dia ada pergi kelas. Tapi dia poyo! HAHA. So dengan kekuatan yang ada, aku melangkah la masuk ke lab tu dengan penuh debaran yang tak tau nak dicakap camne tah. Haha. Rupanya, aku sorang je ada. Menunggu selama setengah jam k. YE AKU SEORANG. Bukan berdua, bukan bertiga, tapi SEORANG DIRI. Aku syak ada a few student yang tak tau ade class time tu.

Ni adalah kelas untuk subjek Career In Health Science

Dan mula lah lecturer tersebut, dikenal sebagai Mr. Faizul kot nama dia. Aku tak pasti. haha. Dok tanya nama aku, duduk mana, mana yang lain ape semua. Aku mana la tau classmate baru ni. Ternyata banyak budak dari luar yang aku tengok masa register dulu. Ni dialog kami.

Mr. F : Nama siapa ye?
Aku : Shazana. Boleh panggil Nana je.
Mr. F : Kamu asal mana? Tinggal mana?
Aku : Asal Balakong, tapi kalau kat Shah Alam duduk dekat TTDI Jaya
Mr .F : Kamu dari universiti mana? Umur berapa? 
Aku : Oh saya tahun ni 20. Lepasan FMS MSU ni. Hehe

Mr. F : Kamu kenal classmate yang lain? Macam takde orang je ni. 
Aku : Tak kenal sir. Saya kenal kawan saya sorang je. Time register pun saya tengok macam tak ramai. 
Mr. F : Kamu amik berapa subjek ni? Saya pun baru dapat tahu semalam kena ajar kamu semua.
Aku : Saya amik 2 subjek je. Saya pun dapat call semalam suruh datang harini.

Tengah dok sembang2 ngan lecturer tu, orang kedua masuk. Aku tak kenal, aku cuma memberi senyuman je. (langkah nak buat kawan) Hahaha. Then lecturer interview dia. Budak PTPL rupanya tapi dah berumur 26 tahun. Sebaya abang aku dah. Tapi sanggup lagi nak belajar. Bagus la camtu.

Then orang ketiga lak masuk, yeahhhh klon Juliana Evans ok. Rupanya former classmate aku mase aku short sem time foundation. Sofiah nama dia. Satu group english dengan dia. Lawo gila dia. Tak sangka lak dia masuk BMS intake sama.


Last2, lecturer penat nak menunggu, "Saya nak bagi kuiz". Aku macam WHAT THE F gila. Tak belajar apa, tetiba dah kuiz? Ade 4 soalan dia bagi. And die suruh buat resume sekali. Hantar dalam masa setengah jam. Gila bai.
  1. What is the definition of career? (2M)
  2. Explain the profession in allied health science? (10M)
  3. Why soft skills are important? (4M)
  4. What are the errors that cant be in curricular vitae? (4M)
Aku kelam kabut la jawab. Lecturer keluar, aku tiru la sesikit. Sofiah google ape semua. Haha. Yela, dah tetiba quiz. Memang terkejut la. Kiteorang boleh jawab n tukar2 jawapan. Hahaha. Resume pun buat cincai je tulis tangan kot dia nak. haha.

Sir tu asik dok tanya aku itu ini pasal bebudak lain, aku mana la tauuuuuuuu. Tapi dia asik attack aku je. Arghhh asal dari sekolah sampai masuk U cikgu dan lecturer suka attack aku walaupun aku tak buat salah? Kenapaaaa? HAHA. 

Aku cerita kat member aku semua, semua member2 aku Billa Tasha Alyaa dok membahan aku, aku akan jadi class rep. Datang awal kat kelas la, hapela. Ade calon jadi class rep la. Cam celaka sekor2. Haha. Class rep tanggungjawab berat jugak. Ibarat ketua kelas la. Aku tak rasa aku seorang yg bertanggungjawab kan. HAHA. Tapi kelebihan dia, lecturer kenal kita siapa. Kalau nak tolong pasal markah ke ape ke, mungkin boleh dipertimbangkan.

Then dah siap semua, sir bagi balik. Yg akak tu panggil dik nak number. Senang nak contact kalau ada apa2 pasal class ke kan. Nama dia Amy. Dia cakap la, class2 yang ada ni buat dekat bangunan mana apa semua. Die pun buadak baru kt MSU. Dah ada kawan baru ye cik Nana kita ni. Hahaha

Selalu aku penyegan sikit haa. BTW, classmate aku semua ada 7 orang. SEMUA PEREMPUAN. Yang datang tadi tiga orang je. Aku harap semua classmate yang ada ni, aku harap semua rapat la. Tak nak ada gaduh2. Harap2 semua sekepala. Gila2 macam aku. Mungkin long sem akan campur dengan senior. 

Sekarang ni tak leh cuci mata sangat, perempuan je semua kan. HAHAHA. Harap2, aku akan buat terbaik untuk degree ni. Doakan aku jadi ulat buku. TOLONG. Ok bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

alyaa zakuan said...

cam gampang kutuk aku kat blog! hahaha. ouh akak amy lah ni pasni . hahahahhaa

Shazana Samaluddin said...

hahaha bila masa kutuk. aku masuk kan nama kau je. haha