Saturday, March 3, 2012

Adrenaline Rush


Masihkah anda ingat entri Minor Heart Attack yang lepas? Yeahhhhhhhhh pasal Avenged Sevenfold nak datang apa semua tu. Venue & harga tiket semua dah official. Bagi siapa yang tak tau lagi, tiket semua dah tukar harga. Then venue pun dah bertukar. Mula2 buat dekat Stadium Negara, sekarang dah tukar Sunway Lagoon Surf Beach pulak.

Sabtu lepas tak silap aku masa Hitz Birthday Bash dekat Bukit Jalil tu, dah start presale untuk pengguna tune talk sahaja. Dapat 30% discount. Gila untung. Memang jauh lebih murah berbanding harga biasa kot. Haish, aku tengok dekat twitter @A7Xmalaysia, bernanah je mata aku tengok dorang dok post gambar tiket.

Semua kemain Tune Talk Zone lagi. Gila babi betul. Semua dapat murah. Jealous gila. So start Ahad lepas, harga tiket still ada discount early bird 20%. Memang untuk semua orang. Available sampai esok je (4 Mac 2012). Discount pun kira untung jugak kot sebab banyak jugak harga tu dia tolak. Cepat2 sebelum terlambat! Beli lah dekat Rock Corner, Victoria Music dan Guitar Store outlet di Malaysia. Ni semua info tentang kat mana zone2 yang korang nak, harga tiket semua.





 Then dalam seminggu ni, rasa macam nervous dan anxious tahap dewa, asik ternampak manusia2 ni update gambar tiket. Aku nervous takut sold out. Sebab tiket tengah murah. Aku memang target nak Rock Zone je. Tune Talk Zone mahai sangat. Aku pun memang cukup syarat je. Asalkan dapat tengok pun jadi.

Kekadang sedapkan hati sebab ramai orang dok target Tune Talk Zone dengan Regular punya zone. Setakat yang aku nampak la. So kurang la risau aku sikit. Hahaha. So harini, aku dengar Nuar gerak gi Rock Corner KLCC. Tengok dalam senarai, ramai gila yang tulis nama nak pergi A7X. Aku cuak gila.

NASIB, tiket untuk kami masih ada. Tak sold out pun! So Nuar belikan dulu, dapat la discount 20% tu. Seronok! Akhirnya ada jugak dalam tangan sendiri. Lega gila. Terima kasih Ya Allah! Janji bila dah ada tiket kat tangan, memang bersyukur gila babi wa cakap lu. Esok aku gi teman tacha lak beli tiket. Maybe kiteorang pergi bertiga nanti.


Harap2 lah takde masalah 29th april ni. Aku memang berharap sangat dapat tengok dorang secara live. Pengalaman sekali seumur hidup. Memang tak pernah sanggup buat perangai beli tiket bagai untuk artis oversea yg dtg. Ni 1st time. Selalu tengok pun yang free je. Haha. Ya Allah, permudahkan la urusan aku pada hari tersebut. Amin.

Tak sabar pun ada. Tertanya2 lagu apa la dorang bawak nanti. Macam mana keadaan dia semua.Yang penting syukur sebab tiket kat tangan. Ok bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: