Thursday, October 13, 2011

Messy Closet

Harini, seperti yang telah dijadualkan, aku akan mengemas bilik dan almari baju aku. Aku rasa betul2 kemas siap vacuum raya tahun lepas aku rasa. HAHA. Macam dah lama sangat je tak mengemas betul2 bilik tu. Selalu kemas cincai2 je. Siang tadi pun dah terbangun lambat. Ingat nak kemas pagi2. Tapi apakan daya.

Dilaporkan bahawa almari baju semakin tak tersusun. Berterabur sana sini. Makin bertambah baju2 yg baru, tu yang makin tak tersusun. Bercampur dengan baju2 lama sekali. Dah makin tonggang langgang akibat tuan nya tak susun elok2. Wahaha. Lagipun nk gantung, dah macam pack gila. Ok, sebelum mengemas, aku pakai protection untuk diri sendiri. Bandana yang menjadi topeng untuk menutup hidung. Aku allergic habuk2 ni. Nanti boleh jadi demam.


Dimulakan dengan membuang sampah2 yang tak berkenaan. Sambil memvacuum kesemua tempat. Aku vacuum lantai, aku vacuum tingkap. Berhabuk gila. Dah berapa lama tak vacuum kan. Monster2 segala habuk semua boleh didapati. Lepas tu, aku punggah semuaaaaaaaaaaa yang ada dalam almari aku. Daripada baju, cardigan, seluar, jeans macam2 lah aku punggah semua. Memang jadi miserable kejap bilik aku.

Macam baru lepas kena ribut. Haha. Aku tak tau lah berapa helai pakaian ade atas lantai dan katil aku. Merata2. Tapi mase aku punggah tu, aku dah siap2 asingkan yang mana aku rasa aku tak nak pakai lagi, n nak pakai lagi. Hehe. Tengok ni, amik kau! Dan almari aku jadi licin sebentar. Tadaa



Aku tengok pun, pening kepala jap. Haha. Tak tau macam mana nak mengatasi masalah bilik bersepah lak. Aku pun mula lah lipat satu2. Yang mana dah terkoyak habis ke, ataupun terkena peluntur warna ke, aku buang. Tak banyak pun. Ade la a few pakaian yang aku buang terus.

Yang mana pernah aku gantung2 dulu dekat dalam almari tu, aku amik hanger dia. Mostly ade tshirt. Aku amik hanger n lipat. Yang mana aku tak nak pakai, aku letak kat tepi. Kebanyakan baju2 lama aku masa zaman bebodoh dulu. HAHA. Aku letak dalam plastik hitam. Mase punggah2, terjumpa varsity jacket ok. Tapi mase aku kecik2 dulu. Danggg warna merah. Sayangnya terlampau kecik, budak2 4 tahun punya size. Kalau muat, dah pakai dah.

Lipat punya lipat, settle gak untuk bahagian lipatan punya. Yang mana aku pakai kerap, aku letak belah depan dan paling atas. Pastu untuk yang gantung2 tu, aku asingkan ikut jenis baju. Untung gantung tu, kebanyakan nya baju aku pergi keluar jalan2, atau bawak pergi kelas. Sebab aku kerap pakai, so aku gantung. Senang nak amik. Yang mana sleeveless, aku longgok kan satu tempat. Yang mana top biasa satu tempat. Yang mana kemeja, aku letak satu tempat. Cardian atau jacket pun asing tempat jugak. Ini diaaaa :) (Kat gambar ni baru sikit. HAHAHA)


Biasalah perempuan. HAHAHAHA. Banyak baju nak pakai. Tiba masa nya nak masukkan kat dalam almari balik. Weee. Aku asingkan. Susun ikut kaler, jenama dan kekerapan berapa kali aku pakai. Haaa. (skrg organize la, besok lusa?) HAHA


Yang boleh digosok, aku gosok semua. So bila gantung nampak cantik sikit. HAHA. Senang, terus pakai je. Tak yah nak gosok balik kaw2. Setelah beberapa minit, settle jugak aku gantung semua baju dan settle semua bendaaa. Saje je susun elok2, senang nak cari nanti. Takde lah terkapai2 lagi. Sebelum ni baju2 ni ade yg lipat, ade yg gantung. Bila dh lipat, nak pakai pulak. Then kena punggah balik. So better aku gantung. Senang sikit nak amik.

Bila dh lipat, nak pakai pulak. Then kena punggah balik. So better aku gantung. Senang sikit nak amik. Inilah hasilnya yang dikemas dan disusun selama 3 jam setengah. Kau ingat senang nak susun semua sorang2? Haha. Hasil yang digantug dan yang dilipat.



Harap kekemasan almari baju aku ni bertahan lama la bila dah susun sehabis baik menggunakan idea yang strategik. Kalau tak tahan, memang terpaksa punggah dan punggah lagi la. HAHA. Insyaallah tak kot. Ingat nak jual baju yang terpakai, tapi laku ke tak masalahnya. Agak2 jual kat bangla, bangla amik tak. HAHAHA.

Haaa lepas entri, harap anda semua dapat lah mengambil iktibar untuk mengemas almari anda. Kot2 ade yang tak kemas bertahun2 lagi lama dari aku ke. Boleh share cerita ngan aku. Hahaha


Thanks for reading. Have a nice day :)

4 comments:

NUR BATRISYIA BINTI RUSLAN said...

Rajinnyaaaaaa.hati aku tak tergerak pon nak kemas almari.XD

Shazana Samaluddin said...

kau memang bat! haha

chubbyharusdirejam said...

pehhhh!!!!!

Shazana Samaluddin said...

hahaha. sila terkejut :D