Monday, October 10, 2011

Tiga hari di Johor

Hello semua. Haritu aku dah janji kan nak story mory pasal aku pergi Johor kan. Aku pergi 3 hari je, walaupun sekejap, itu pun aku dah cukup gembira melepaskan hajat aku nak pergi negeri orang dan tengok laut. 3 hari pun ok lah, cool! Dari aku duduk rumah jadi penanam anggur tegar buat ape kan. Baik jalan2, berkembang sikit minda tu. Yeah, jom mulakan. Have fun :)

Khamis 6 October 2011
Bergerak pagi dalam pukul 8 macam tu. Masih mengantuk, tak boleh tidur, excited la orang kata. Siap2 dan kereta sangat banyak mase tu. Fuh, hari biase pun banyak kereta. Destinasi pertama, pergi ke Johor Bahru. Ayah aku bawak laju, so sampai JB sekejap je pun. Haha. Aku dah banyak kali pergi JB, dalam tiap2 tahun jugak la aku pergi.

Sampai dalam nak dekat tgh hari camtu. Macam biasa lah, JB hari biase pun ramai orang. Jalan jam ke arah City Square tu. Ade la perubahan aku tgk, dekat terminal pergi singapore tu semua. Aku menginap dekat JA Residence hotel. Dalam masa nak cari jalan tu, hadoi, pelik2 je jalan kat JB ni. Salah masuk kena uturn jauh2. haha. Selalu kalau duduk JB, memang akan duduk kt hotel tu takpun kat bluewave.

Best nya kat hotel ni, aku suka sebab nak parking kereta, kena naik lif. Haha. Yela, JB bandar dia pack pulak. Tanah takde nak buat tempat parking. So kereta kena naik lift kt hotel tu, then parking kt dlm bangunan tu lah. Woohooo, dah la lift laju. Gayat sat. Haha. Kalau tak percaya, ni buktinya :D


Dari bilik kiteorang, boleh nampak permandangan JB. Fuhhh bilik kiteorang di tingkat 17. haha. JB mendung je mase tu. Memang musim hujan. Tak pernah tak sah, asal pergi JB je mesti musim hujan oh. Tengok lah, betapa pack nya bandar dia. Busy gila. Campur orang Singapore semua.


Memang saje je singgah pergi JB ni. Saje jalan2. Hari pertama cuma pergi ke City Square dan Plaza Angsana. Aku dok mencari beg nak ganti beg travel aku tu. Beg aku dah koyak2. Tapi tak jumpa pun! Design macam makin jinjang je. Haha. Then jalan2 jela. Cari barang untuk pergi mancing keesokan harinya.

Malam pergi bazar karat. Btw aku memang nak pergi sini. Tapiiii, sangat mengecewakan. Sebab JB hujan time tu. Pastu gerai dekat bazar karat tak banyak bukak. Sekerat je pun bukak. Memang kecewa la, aku memang nak cari barang kat situ. Tapi satu ape pun takde. Gerai tak bukak. Huh. Ke memang dah takde gerai kat situ?

Jumaat 7 October 2011
Breakfast di hotel pagi2. Menu tah pape macam tak menyelerakan. Wahaha. Lepas tu pergi ke pasar Larkin JB. Bapak aku nak beli umpan untuk memancing nanti. Mak aku pulak pergi beli makanan tengah hari nak makan kat Pontian nanti.

Then, we're heading to Pontian. Cari barang terakhir kt pontian, pastu terus nergerak ke jeti pontian tu. Nak kena naik bot ok. Tempat yang kiteorng pergi ni nama dia Kelong Sri Pantai. Aku dah pergi sini buat kali ketiga. Dulu masa pergi sumpah mabuk sebab ombak laut tu, buat bot jadi jongkang-jongket ok. Wa cabar lu, pergi try. Haha. Tapi hari yg aku pergi ni, memang air ok.


Perjalanan nak pergi ke kelong tengah laut tu dalam 20 minit macam tu. nampak dekat, tapi bila menentang arus ombak, memang jadi lambat sikit la. Aku tak mabuk lah. Dari kecik aku dah biase dengan keadaan macam ni. Memang banyak pergi trip memancing macam ni. Hehe. hari macam mendung. nasib sempat bergerak sebelum hujan.

Setelah 20 minit, sampai lah jugak ke destinasi. Tengok lah kelong tu dari jauh, besar kan kan kan? Wa dah cakap, memang kat tengah laut. Tak tipu :)


Kepada sesiapa para pemancing yg suka mancing tengah laut, boleh la datang sini. RM50 je untuk sekepala. tempat tidur semua ada. Makan boleh kirim kat owner, nanti owner boleh hantar. Tapi mcm kiteorang dah siap bawak makanan. Maggie nasi bungkus semua. Bilik air semua ada. Surau ada. Macam dekat rumah. Kat sini pun ade tempat mesyuarat kalau ade orang nak buat event ke apa.

Kat sini orang selalu buat family day. Sebab tu die sediakan banyak bilik. Ade katil semua. Korang bawak barang masak pun boleh sebab ade sediakan dapur jugak. kalau sape nak masak sendiri pun boleh. Semua boleh. Mase sampai, aku tertarik sebab dorang dah buat baru. Tambah hammock semua. Tambah sofa jadi tempat ruang tamu. Meja makan. Cool tau :)





Untuk aku, aku memang suka tengok laut. Seronok duduk kat buai tu dengan angin laut kuat. Fuh, boleh buat orang tertidur. haha. Mancing pun best. Tempat die besar. So banyak port. Mancing lah sampai ke malam. Banyak jugak kiteorang dapat ikan, antaranya ikan todak. habis todak kat situ aku kerjakan. HAHA. Pastu ayah aku dapat kerapu, besar dan lebar sikit dari tapak tangan.


Ade orang dapat ikan kerapu gedabak gila bai. 12kg. Amik kau. 1st time aku tgk ikan besar macam tu. Woooh, ayah aku tumpang amik gambar je. Haha. So kiranya memang wujud lah ikan sebesar tu sebab selama ni orang cerita2 ade ikan besar la ape la, tapi tak jugak naik2. Ni ade org naikkan memang baru percaya la. owner tu cakap ade ikan siakap 20kg selalu berlegar2 tunjuk diri kt permukaan laut. haaa bayangkan 20kg besar mana.

Malam makan maggie je. Pastu mancing lah sampai ke pagi buta. Huuu. Malam tu tidur best. Angin sejuk je. Syok tido. Siap ade tilam n bantal pulak. Memang seronok la aku tido. :)

Sabtu 8 October 2011
Bersiap pulang ke rumah. Pagi tu aku dapat ikan senangin. Fuh best ok tarik ikan. Wooo. Pastu pack barang, then balik. Sekejap je rasanya. Balik tu singgah ke Melaka kejap. Jalan2, then pulang. Ape lagi, memang siang ikan la jawabnya. Tak nak banyak lak nak siang satu2. Peh. Ni lah hasil ikan yg kiteorang dapat :)


So far, memang best sebab dapat berjalan tengok negeri orang. Harap2 dapat pergi lagi macam ni. Wooh. Walaupun sekejap, tapi sangat bermakna. Ok bye :D


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

chubbyharusdirejam said...

kenapa tak check in kt tropical inn! BENCI. haha.

Shazana Samaluddin said...

tropical in bukan jauh dari bandar ke? hahaha.