Friday, February 26, 2010

Please, nak pergi sangat2. :P

Sebenarnye dah lame tak terfikir. Boleh bagitau aku tak kenapa aku nak sangat2 pergi tempat2 ni. Bukan ape, walaupon macam pelik2 kehendak aku, tapi memang nak sangat pergi. Dah lame tak pergi kot. Macam2 tempat lah tak pergi lagi. Terutama 3 tempat ni. Jangan la gelak. Cube fikir, tak boring ke asik pergi tampat2 shopping complex je. Buat rutin yang same. Lame2 boleh boring kot. Boleh mati kutu. Tak kesah la. Tapi memang nak pergi. Sape2 nak bawak, aku on je. Memang aku follow. Haha.

1. Zoo
Hahahaha. Aku tak tahu la kenapa nak sangat pergi zoo ni. Bukan ape. Dah lama gila tak pergi. Aku pergi pon mase zaman kecik2 dulu. Zaman muda2 dulu. Tengok gajah, zirafah, monyet, macam2 la. Haha. Tak kesah la. Dok jalan2 kat dalam tu. Tengok2 binatang. Teringin kot. Tak kesah la zoo mane2 pon. Dekat2 je sudey. Dekat Zoo Negara tu. Tiket pon okayh. Pakai baju sekolah murah kot. Haha. Ingat bercadang nak pergi next week mase 6 Mac. Hari Sabtu. Aku dapat cuti time tu. Fuh, memang aku pergi la. Gaji pon dah dapat kan time tu.

Harap2 dapat lah pergi. Aku tak kira. Pergi sorang pon jadi la. Tak salah tukar haluan. Ni pon bukan aktiviti yang sia2 kan. Lebih berfaedah di samping menambahkan ilmu pengetahuan. *ayat cam babi. rindu pulak nak buat karangan bm panjang2. HAHA

2. Genting
Sekarang transport semua dah ade. Senang je nak pergi sane. Ade ape kat sane? Ade macam2 la. Roller coaster pe jadah nye semua ade. Lame gila lah tak pergi. Last aku pergi mase Form 2 kot. Zaman muda jugak tu. Haha. Tak kesah ar gi bila2 pon. Kalau boleh dalam mase terdekat ni la. Tension ni. Pergi sane boleh lepas tension. Maybe sane dah tak sejuk macam dulu. Tapi peduli ape. Nak pergi jugak. Pergi dengan Nuar, dengan kawan2. Syok owh. Mari2 :)

Haaa, aku suka gila naik tiang tinggi tu. Ape kebendenye name entah. Space shot ke ape? Tak ingat lah. Fuh seronok naik tu. Aku dulu naik sampai dua kali. Tak cecah bontot kot duduk. Gila babi. Jantung rase nak tercabut. Siapa paling kuat menjerit tu, aku la orang nye. Tak takut pon. Gayat sket2 la. Tapi memang best!

3. Pantai
Fuh, Teringin gila kot. Aku suka sangat pergi pantai. Tengok laut. Main pasir. Duduk bawah pokok besar. Ade angin kuat. Seronok kot. Tenang kepala otak. Serius. Release tension. Aku suka pantai2 ni. Picnic ke. Kalau boleh nak pergi berdua dengan Anuar. Auuuwww. Romantic jalan2 kat pantai same2 bila waktu petang. Tunggu matahari terbenam. Memang terbaik. Jom sayang. Please. Bawak i pergi pantai. Haha

Tak kesah la pantai mane2 pon. Janji tempat cantik, sedap mate memandang. Bersih. Tak serabut. Memang terbaik. Tengok pantai fikiran tenang. Tengok pantai hati pon senang. Bawak orang tersayang pon, alangkah indahnya. Best kalau dapat pergi sekarang. Boleh kan? Hahahaha.

Curret Mood : Teringin


Thanks for reading. Have a nice day :)

10 comments:

Anonymous said...

i nk ikut.. he..

Shahrul Tanaka said...

baik pergi masjid negara dengar khutbah..ada faedahnya ;p

Mysara Newrie said...

Pe hal kau nie? Mengidam ke apa? Haha

dhanial yahaya said...

tak kisah maa kau nak pergi , yang penting ajak aku ! kalau tak aku libas kau nyah ! haha

Cik Pieka said...

bes ap pegy zoo. bole berkenalan gn ramai haiwan. haha

Shazana Samaluddin said...

to lofiel : mari la. jom gi zoo :P

Shazana Samaluddin said...

to shahrul : org kalau dah jeles memang camtu. cermin diri dulu sebelum nak nasihat org :)

Shazana Samaluddin said...

to mai : haha. mengidam la weyh :P

Shazana Samaluddin said...

to dhan : jom la nyah. haritu i ajak u kan. i pergi sabtu okayh. mesti u nak kan budak sekolah :P

Shazana Samaluddin said...

to pieka : boleh buat kawan kan :)