Tuesday, August 20, 2013

Linkin Park Live In Malaysia 2013

LINKIN PARK.
Band ni dah jadi idola sejak aku kecik. Sejak aku sekolah rendah.
Kaset pertama yang dibeli sendiri (ORIGINAL OFCOURSE) adalah kaset mereka.
Meteora diberi nama. 
Darjah 4 dah minat linkin park. Haha. percaya?

Masa aku form 3, dorang ada datang
Tapi masa tu aku mana kenal erti konsert. Erti event
Aku tak tau menahu pun pasal ni.
Ya, terlepas tengok dorang.

Minat2 pun dengar jela radio. Dengar lagu dorang melalui saluran Youtube
Pernah berharap dorang akan datang. Percaya dorang akan datang.

After a decade, yeah 10 fucking years, dorang datang!!!!!
Aku memang tak nak lepaskan peluang. This is my only chance to see them live.
Aku beli ticket. Aku tak mampu beli VIP ticket. Tak mampu nak beli mahal2
Niat aku nak tengok dorang live. Dengar dorang live. Nak tengok Chester. Mike. Semua ahli yang ada.

Semalam, aku berpeluang tengok dorang. Beratur dari pukul 4.30. Gila? Ya memang gila.
Masuk gate pukul 7 lebih. 

Dorang start pukul 8.45 macamtu. Memang stage nampak macam semut. Kalaulah aku kaya kan. 
Front row dah aku menepek. Apakan daya.

22 lagu yang dorang bawak. Sedar tak sedar memang banyak. Sebab chester tak banyak cakap. Biasalah live performance dorang memang camtu. Chester sampai sekarang suara maintain. Sama macam dalam radio. Sama je dari dulu. Masih handsome macam dulu. Mike shinoda pun. Tak berubah.

Alunan muzik dorang sama. Kreatif. Graphic screen belakang dorang pun cantik. Semua terbaik. Aku tak dapat banyak gambar. Terlalu jauh dengan kondisi kamera yang tak seberapa. Inilah yang aku dapat. Yang paling clear. Kalau lah aku dapat duduk depan T______T




Aku harap dorang datang lagi. Sanggup beli tiket duduk depan. Tah bila tah tu. Mungkin masa aku dah beranak pinak. Tak tau la bila. Kalau dorang ada lagi.

Nak mengubati kesedihan, ada beberapa souvenir aku beli. Haha bukan merch ori pun tapi arghhhhhh janji ada something aku beli yang ada untuk disimpan.


Sekian sahaja dari saya. Kenangan konsert yang paling bermakna yang pernah aku pergi. Paling best. Paling tak boleh dilupakan.


Thanks for reading. Have a nice day :)

1 comment:

NUR BATRISYIA BINTI RUSLAN said...

patutlah cari nanachocaholic takde dah.dah jadi raksasa eh sekarang.
aaaahhh tshirt linkin park tu nice.jelesnya.aku pon minat jugak lp,but tak tersampai ke konsert lagi.harapnya bila dah bekerja dan berwang nanti,adalah lagi lp datang msia ni ha.