Saturday, May 5, 2012

Peristiwa Gembira

Hello semua! Dalam 2 minggu ni, banyak sangat perkara yang berlaku. Perkara yang best2 pulak tu. So aku nak cerita sepanjang aku tak update blog ni. Ada 4 kisah yang berlaku sebenarnya. Antaranya adalah : 

1. TwtUpIpoh
Pada 28th April yang lepas, aku telah pergi satu event twitter ni. Seakan2 event OctTwtFest. Tapi dibuat di P.O.R.T Ipoh. Mula2 aku tak nak pergi. Sebab jauh satu. Then aku tak dapat ikut Tacha, Yaya dengan Wani balik Ipoh disebabkan mak aku tak bagi, aku tak follow dorang gerak Ipoh hari Jumaat. Tapi, aku cakap dengan mak aku, kalau tak dapat ikut, mak ayah turun Ipoh sekali. Haha

Mak ayah aku pun turun la Ipoh sekali hari sabtu tu. Kereta dekat highway memang banyak. Sempena Bersih lagi ape semua. Perjalanan mengambil mase 2 jam jugak la sebab kereta banyak. Orang kahwin, orang tunang, orang nak pergi twtup. Hahaha. Aku memang dah lama tak jejak ke ipoh. Sangat lama. Setelah sampai, bapak aku drop kat tempat tu. Mak ayah aku jenjalan dekat bandar Ipoh. Yeayy!

Dorang membuka booth cupcake dan perfume. Aku sampai2 je, dah ramai pun yang dah datang. Begitu bersemangatnya manusia2 ni membuat event. Haha. Aku sampai2 terus pergi daftar tulis nama ape semua. Dapat riben di tangan tanda dah daftar.

Sampai2 je, ramai yang stylo dan fashionista. Ramai yang lawa dan hensem2 semuanya. Memang sesuai untuk agenda mencari jodoh. Disamping boleh tukar2 tweethandle antara satu sama lain, buat kawan baru dan sebagainya. Nampak gila turun dari KL, tapi sebenarnya tak salah pun :)

Im here! :)
Follow me on twitter guys :)
Geng bas sekolah
Booth yang ada
Yaya Jakuan
Wani Ghetis
Gangster
Hye, this my OOTD :)
Gua jumpa kawan online gua dari zaman myspace agaknya. Aku kenal kakak dia, Eyka dulu. Then tapi lagi selalu sembang dengan si budak nama Nisa ni. Akhirnya kami jumpa. Rasa seronok jumpa kawan2 online. Minah ni macam excited masa jumpa. Haha. Ingatkan datang dengan kakaknya, tapi takde. Tak dapat la jumpa. 

Dah alang2 datang Ipoh, jumpa la kekawan yang ada dekat Ipoh ni haa. Tah bila lagi nak turun sana lagi. Kalau takde event ni, aku rasa aku tak jejak lagi Ipoh. Time kecik2 dulu sekali pernah la jejak Ipoh.

Ini nisa
Tacha sakai
Gua di Ipoh
Banyak aktiviti2 yang dijalankan masa TwtUp haritu. Ada skate competition tak silap, ade tempat karaoke, ada mcm2 artis local yang perform, main drum, online game competition dan macam2 booth disediakan. Ada jual barang2 vintage, booth bittersweet, booth baju dan sebagainya.

Macam2 performance ada. Cuma kiri kanan pasang music, so mcam tak jelas sangat. Haha. Tapi the performance was awesome ok. Dengan ada dj yang pasang lagu dubstep. Pehhhh seronok. Jarang dorang nak memasang lagu dubstep ni. 

Dubstep yawww
Besar kan stage?
Karmal. Rugi SonaOne takde. Haha
Speed dating
Imma happy girl. Haha
Dari segi performance & sound system, twtup ipoh memang menang. Sebab stage sangat besar. Sumpah puas hati. Tempat pun luas. Cuma tanah lembut la mengotorkan kasut sedikit. Tapi bagi aku memang best. Harap2 ada lagi tahun depan. Ada rezeki boleh turun Ipoh lagi! :)


2. Avenged Sevenfold Live In Malaysia 29th April 2012
Ingat lagi peristiwa sakit jantung yang aku cakapkan? Yeahhhhhhhhhhhhhhh jadi kenyataan tengok dorang live!!!!!! Sumpah perasaan ni gembira sangat. Setelah penantian selama beberapa tahun kot nak tunggu dorang datang. Aku datang dengan Nuar & Tasha.

Kami start beratur dalam pukul 4 k. Itupun ada lagi yang beratur lagi awal. Betapa fanatiknya dorang nak masuk awal, rebut tempat paling terbaik. Hahaha.

Sebelum masuk, tu pun dah start merempuh sana sini. Ganas doh dorang. Gate bukak dalam 7.10 camtu. Lambat gila. Tenaga dah separuh habis. Tapi masih kuat. Berlari semua orang pergi ke Sunway Surf Beach tu. Perasaan menyesal ada bila tak bawak camera. Security tak check pun. Babi betul.

Baju salah konsep. HAHA
Aku dalam rock zone. Mula2 Love Me Butch buat persembahan. Memang otai. Gempak lah. Sakit hati tak dapat amik gambar. Bergantung pada fon je. hahaha

Setengah jan lepas tu, tetiba stage jadi gelap. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh A7X masuk stage. Ya Allah, perasaan time tu rasa nak menangis kot. Tak sangka. Macam bermimpi masa tu. M.Shadow sangat comel bersama Syn & Zacky. Haih cair aku. hahaha. maaflah gambar curi semuanya. Sebab nak amik gambar, blur semua. Pakai fon. Haih. 
I love you always M.Shadow
Bila dorang dah perform, keadaan sangat havoc. Satunya tempat sempit. Dorang mosh2 bagai, terlanggar kiri kanan. Nak tengok konsert pun macam tak dapat fokus sangat sebab asik kena tolak. Tah batak ke apa tah budak2 ni. Rileks2 la sikit. Aku join tolak2 orang jugak. Gi mampus. Haha.

:Last2 aku tak larat, memang tercungap nak udara. Dengan kena tolak himpit lanyak apa semua, panas, air takde. Peh sumpah rasa nak pitam masa tu. Terus pergi ke belakang sikit. Baru la dapat bernafas. Bagi aku, rockzone pun, still dekat kot dengan stage. Puas hati nampak.

Lagu2 semua best, antara lagu2 yg dorang bawak yang paling best, time Nightmare, Welcome To The Family, Second Hearbeat, Afterlife, A Little Peace of Heaven, Bat Country dengan So Far Away. Time lagu So far away, peh menangis2 tahap gaban aku. Shadow bagitau nasihat2 The Rev dekat dia masa The Rev hidup.

Time ni dah menangis2 tahap gaban. Brotherhood dorang sangat kuat. Ada betulnya apa yg shadow cakap. Pehhhh sedih sial :'(

"You know, the one thing The Rev told me, was to love your family and friends and tell you love them everyday" - M.Shadows

Cemra Tacha. Nampak jugak la si shadow dengan Syn. HAHA
Amik dari screen je :(
Part terakhir, dorang rakam suruh penonton buat circle pit. Sebab first time datang Malaysia. Mungkin dorang akan buat DVD time dorang buat show kat malaysia ni. Sambil lagu terakhir, Unholy Confessions. Semua crowd jadi gila termasuk aku! Yeahhhhhhhh adrenaline tetiba tinggi dengar lagu tu. Memang syok habis!

Dan yang paling membanggakan, Shadow memegang bendera Malaysia. Dan amik untuk bawa pulang. Pehhhh aku rasa bangga gila. Dan dia berjanji, akan datang lagi dekat Malaysia. Harap2 sangat dorang datang lagi. Walaupun takde gambar, memori tu tak kan luput hingga gua mati. Kenangan paling manis dalam hidup aku yang akan diceritakan kepada anak cucu aku :')


3. Result Sem 1
Semalam, aku ada exam mid sem Nutrition Medical Science. Then decide lah nak pergi amik result. Tak boleh check online. Dengan perasaan mendebarkan, aku redha terhadap ape sahaja yang berlaku tapi hati aku katakan, aku tak nak result teruk bila dah start degree.

Dengan harapan, aku sangat cuak. Aku serahkan ID card dekat staff exam department. Lepas tu die terus printkan. Aku berdebar. Walaupun dua subject je aku amik, tapi still, ini jugaklah yang menentukan masa depan aku. Hmm.

Sekali aku tengok, ada satu A dan ada satu A-. Alhamdulillah sangat2. Aku rasa bersyukur. Walaupun tak dapat 4 flat pun, tapi aku syukur. Takde GPA dengan CGPA lagi pun sebab aku masih short sem lagi. Tunggu campur dengan sem skrg dgn sem dpn, baru dapat CGPA. Kalau dikira sendiri, agak2 berapa pointer aku? kah kah teka lah. 

Aku syukur. Ini baru permulaan. Org cakap sem pertama ni, kalau boleh buat paling terbaik. Macam mana pun akan membantu kita nanti. Hehe. Ayah dengan mak aku happy :)


4. Pinjaman MARA
Aku bukan lah orang senang sebenarnya. Untuk mak bapak nak membayar RM89k dengan sendiri memang sangat tak mampu. Biasalah, pelajar akan membuat pinjaman. Aku cuak wey, takut tak dapat. Aku hantar permohonan bulan 1 haritu. 

Harini, wani bgtau aku dengan yaya, suruh check. Permohonan dah dapat. Aku cuak sangat. Jantung laju. Ini antara hidup mati. Kalau aku tak dapat MARA ni, naya aku. Mana aku nak cari duit (dalam hati aku terfikir) Aku pun bukak la website eduloan MARA. Perlahan2 aku tengok status permohonan. "Anda Ditawarkan Pinjaman Pelajaran MARA"

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah. Aku cuak sangat aku tak dapat kot. Bila dah dapat tau result, terus menangis. Mengalahkan dapat result exam. Banyak advantage dengan MARA. Atleast aku dapat kurangkan beban mak ayah aku. Bukan senang nak cari duit :') Ye, aku jnji aku belajar sungguh-sungguh. Tak nak main2 time foundation dulu.

Itu jelah perkara gembira yang dapat aku kongsikan. Aku gembira sangat. Syukur Alhamdulillah untuk semua perkara yang gembira ni. Aku harap ada lagi berita yang menggembirakan untuk akan datang. Bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

E. R. said...

nana cantik! ada natural beauty. i love your style ;)

Shazana Samaluddin said...

hamboi. haha. thank you eqa :)