Wednesday, December 28, 2011

Penang :)

Assalamualikum semua. Ok aku tau aku dah lama tak update blog ni. Macam dah berkurun gila. last update november lepas. Sekarang pun dah nak 2012. Saya mintak maaf kepada followers saya, tak nak la jadi sia2 je korang follow tapi tak update ape2 kan. Maafkan saya. Insyaallah aku cuba aktifkan diri.

Harini, aku nak update pasal holiday aku haritu dengan family kat Penang. Ini pun dha lama berlalu, tapi nak ceritakan jugak la. Kongsi serba sedikit pengalaman. Aku pergi Penang untuk 3 hari. Ni dah 3 tahun aku tak pergi Penang. Tak semua gambar la aku masukkan, kalau nak tengok lagi ade kt fb ok ;)

Hari pertama
Sampai je tanah Pulau Pinang ni, ayah aku bawak naik feri. Sounds a little bit cliche, but there's nothing wrong kalau pergi Penang naik feri pun kan. Hahaha. Lama jugak lah kena tunggu, sebab feri yg ada tak byk masa tu. Ade la dalam setengah jam tunggu.

Tunggu dapat jugak lah naik. Ramai rupanya orang KL atas feri tu. Semua mungkin bercuti ataupun nak balik kampung or something. Naik feri dalam 15 minit camtu la nak sampai ke pulau. Yela, berapa tan pulak feri tu angkut kan. 


Sampai je pulau, kira dah masuk bandar la tu kan. Peh jalan jamm gila k. Kalah KL. Terus pergi ke Hotel Grand Paradise. Dekat Jalan McCallister kot tak silap. Dah siap letak barang ape semua, gerak pergi jalan2. Takde kemana pun siang tu. Sebabb, trafik dekat Penang ni mengalahkan KL. Pening kepala wooo dari Melaka. Tengah hari lunch dekat Plaza bukit jambul sambil singgah kedai bundle yg ada.


Sampai pun dah petang, Kiteorang pergi Esplanade.Ni lah tempat boleh lepak2 waktu petang sambil tengok laut, sekitar persisiran laut tu ade tempat duduk. Nak makan semua ada. Pergi situ tak lama pun, dah nak maghrib, pastu balik hotel balik.


   

Dalam pukul 8 macam tu, gerak pergi Batu Feringgi. Dengar kata ada macam night market kat situ. So dah alang2, makan kat situ lah. Lama gak nak gi sana, jalan jam kot. Aku pun tak faham. Jalan pun macam scary je pusing2. Kiteorg dinner kat sana. Then sekitar tepi jalan kat Batu Feringgi tu, ade bazar la. Kira mcm dowtown la. Dipanggil Batu Feringgi Sidewalk Bazaar.

                                      

Okayh, nak cakap barang murah semuanya, tak jugak. Kadang2 harga sama je macam KL. Lebih mahal dari KL pun ada. Sebab situ kan tempat tarikan pelancong, mat saleh memang ramai. Sape bujang2 tu nak baut party kat sini pun memang la seronok. Haha. Barang2 die ok je, tapi mcm dekat Petaling Street jugak la.

Hari Kedua



Pergi Penang Hill pulak. Dikenali jugak sebagai Bukit Bendera. Dengar cerita train yang nak naik ke bukit bendera tu rosak atau dlm maintenance something. Tapi bila pergi dah ade lak. Dengan menggunakan student card, aku masuk dalam RM4 je. Yg pemegang IC lain kena bayar RM8. Sekarang die pakai train baru. Train ke? Aku tak tau nak sebut benda alah tu. HAHA

Die naik memang laju gila k. Kalau dulu lembab gila mendaki bukit. Sekarang macam seram sikit sebab laju dan nak mendaki tu memang curam gila.

                         

Menggunakan gadget yang ada :D
Dah sampai atas ni, view memang cantik. Nampak seluruh Pulau Pinang siap jambatan Pulau Pinang sekali. Udara kat atas Penang Hill ni pun memang sejuk dan nyaman gila. Ramai jugak la yg datang. Siap rombongan budak sekolah lagi semua.


Ade aunty ni buat hand made grasshopper. Memang lawa gila la die buat. Tengok skill die buat pun tak dapat nak ikut. RM 2 je kalau nak baut souvenir ke apa. Tapi takut bawak balik rumah kang, layu lak. Hahaha

Destinasi seterusnya, adalah pergi ke Chow Rasta. Mak beria sangat nak makan cucur udang. Dulu kiteorang pernah makan dekat Chow Rasta, memang sedap gila. Dekat chow rasta ni, banyak la yg ada. Terutama sape nak beli jeruk ke apa. Mak beli buah berangan tu. 

Kedai cucur udang yg dicakaplan tu tutup. Aku tak tau la dah kaya ke apa padahal belum sembahyang jumaat lagi. Haha. Makan cucur udang kat tempat lain. Sedap jugak la. Then balik hotel jap, memandangkan time tu jatuh pada hari Jumaat. Orang semua nak sembahyang Jummat. So kedai byk tutup.


Petang sikit dalam pukul 3.30 petang macam tu, keluar balik, gerak pergi Rumah P.Ramlee. Memang sebelum pergi Penang, dah berhajat nak datang sini. Saje nak tengok rumah dengan kisah2 P.Ramlee. N guess what, masuk pun free. Tak caj pun. Rumah P.Ramlee ni dekat je dengan hotel yg aku duduk.

Aku memang peminat cerita dia. Tengok lah cerita dia banyak kali pun, mesti still akan gelak tengok cerita hasil karya Allahyarham P.Ramlee. Sekarang umur aku dah 19 tahun, tapi masih follow n tgk lagi cerita2 dia kt tv. Tak pernah bosan pun tengok.



Kat dalam rumah dia tu boleh masuk, tapi a few area je la. Bilik tidur die, dapur, bilik parents dia memang tak boleh masuk. kat hall tu je. Ade basikal yg P.Ramlee guna mase die masih hidup. Dah masuk rumah tu, memang tak boleh nak amik gambar lansung. Kat luar je boleh. Bukan ape, ramai kot yang memandai mempergunakan gambar2 yg ada, then jual sesuka hati.

Ade la sejarah2 dalam rumah tu die tulis semua. Aku dengan ayah aku dapat bergambar dekat gambar lukisan P.Ramlee dengan Saloma. Pakcik tu bagi peluang. Selalu orang dtg ramai2 die tak bg. Memandangkan family kiteorang je dtg time tu, pakcik tu bagi. Hehe. Nak tengok memang ade kt fb aku :) Sedih tau tengok kisah2 dia sebenarnya, korang cuba lah pergi. Kang mesti tetiba ade perasaan sebak tu datang tengok gambar2 die, baju dia, semua lah pasal Allahyarham P.Ramlee.

Destinasi seterusnya, untuk pergi ke Queensbay. Jalan memang jauh sikit lah. Sambil menempuh jalan sesak lagi. Bukan nak cakap ape la, kat KL orang bawak kereta walaupun kabut tapi berhemah lagi tau. Kt Penang ni aku tak tau nak ckp ape, memang sakit hati la. Kalau aku yg bawak kereta, mau makan maki sekor2.

Sebelum masuk dekat mall tu, pergi kejap dekat pantai tu. Time tu hujan renyai2. Nampak lah Pulau Jerejak kat sebelah. Rindu pulak nak pergi pulau tu sebab last datang penang, duduk dekat Pulau tu lah. Hehe.


Then masuk lah kami ke Queensbay Mall Penang. Ini kira Pavillion Penang la. Hahaha. Aku terus menuju ke Forever 21 memang berhajat nak tengok Forever 21 dia camne. Pehhhhhhhhh aku jadi gila jap, sebab sale gila babi. Yang aku pelik tu, kat KL takde buat camni. N kedai ni lagi besar dari Forever 21 area KL Sunway, OU yg aku pernah pergi. Memang besar.

Aku ade la beli baju kan. Tengah sale kan. Sape tak nak weyh. Memang melilau mata aku tengok baju cantik2. Stock semua ada je. Semua size ada. Senang gila nak cari. Kalau kt KL memanjang size dah habis la, ape la.
Macam batak bergambar dekat situ tapi nak buat camne, pelancong kan. HAHA

Hari Ketiga
Hari terakhir kiteorang dekat Penang. Plan nak pergi Toy Museum! Sebelum pergi Penang pun, ni jugak tempat yg aku nak pergi. Museum ni the world largest toy museum. Tak tau la title tu kekal lagi ke tak. Memang seronok. Nak masuk, siapa rakyat malaysia dgn pemegang myKad, harga masuk cuma RM10 je.

Kat dalam ni banyakkkkkk sangat koleksi patung dari mcm2 cerita, movie kt tv tu. Ade macam2. Gila jugak la. Gambar banyak gila aku amik dalam museum ni. Sebab memang minat tengok patung2 tu. Dorang kumpul memang banyak.

Ade harry potter, ade starwayrs, ade nightmare on elm street, ade shrek, ade superman, ade batman, pirates of the carribean, macam2 lagi. Boleh check kat fb aku. Beratus jugak la gambar kat dalam museum ni. Memang best! Tapi satu la, tuan punya tempat mcm tak baut maintenance je. Patung2 yg cantik tu byk berhabuk, sayang la kalau pelancong luar tgk kan




Dah puas tengok, pergi ke Tokong Ular. Destinasi terakhir. patutnya nak pergi Penang War Museum. Tapi macam jauh sangat. So pergilah Tokong Ular tu. Dekat la sikit nak balik ikut jambatan.
Mcm pelik la, kate tokong ular, takde pun ular. Haha. Sekali kt dalam die main letak je ular warna hijau belang2 kuning tu kt dalam. Ade atas buku la, ade ular sawa jugak.

Then masuk kt belakang2 lagi, aku mcm pelik asal dinding tembok tu mcm tinggi sgt. Rupanya, bersepah ular kat dalam tu. Banyak gila atas pokok. Spesis warna hijau tula. Tak silap aku ular tu berbisa, tapi tak tau la, betul ke tak. 

Mase ayah aku sekolah rendah, ayah aku pernah pergi sini. Die ckp dulu lagi la, ular main lepas2 je kat sekitar tokong tu. Tapi memang tak pernah kacau org pun ular tu.




Tamat jugak lah perjalanan kat Penang ni. Balik ikut jambatan haa. Nasib tak jam. Panjang gila jambatan ni. Nampak lah laut semua :)


So far memang best, walaupun tak banyak tempat yg kiteorang pergi, tapi bila2 boleh pergi lagi. Mungkin bertahun2 akan datang. haha. Lagipun setakat jalan 3 hari jalan, mane cukup kot. Hehe. Harap ade pergi lagi. Ok bye :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: