Monday, June 6, 2011

Seharian Bosan


Hari ini hari Isnin. Macam biasa, Isnin adalah hari yang paling BORING. Semua rasa nak marah bila bangun. Semua tak bersemangat. Ade yang lambat bangun. Ade yang rasa macam tak nak pergi class. Semua yang dimaksudkan tu aku lah tu. HAHAHA! Cerita nya mcam ni, malam tadi aku tak leh tidur kot.

Sape tak susah hati, aku sorang duduk rumah. Malam2 lak. Cam sial je. Bukan takut hantu ke apa, aku risau la. Sekarang tengah musim cuti sekolah, ape semua, takut ade orang nak pecah masuk ke apa. Nak dekat pukul 4 aku baru la terlelap. Pastu kelas kul 9. Bangun pukul 8. Sedap kan? hahaha. Kul 7.45 aku tersedar sebab alyaa message. Then terlelap balik, tiba2 lansung tak sedar sampi ke 8.20 pagi.

Nasib aku tergerak hati nak bangun. Bus 8.40. Adakah sempat untuk aku mengejarnya????

Aku mandi dan siap dalam masa 10 minit. Hebat tak? Then aku berjaya sempat tunggu bus. Bus pun tak sampai lagi. Demi nak pergi kelas, sanggup mandi kambing. HAHA. Jangan lah amalkan macam aku, dah bangun tu, bangun terus la. Haha. Aku sampai je, nampak budak2 orientasi harini. Yeah dikatekan junior2 baru. Untung2 la semua, orientasi mak ayah teman. Hantar sampai campus. masuk sampai dalam campus ok! Aku mana ade merasa gitu. Mak ayah hantar kat rumah sewa, pastu terus balik. Esok pergi orientasi sendiri. Naik bus sendiri. Tiada istilah teman2. :')

Pastu aku pergi kelas cam biase. Kelas 1st Computer Science. Sakai kena buat Microsoft Excel. Aku dah la tak reti guna. Word aku tau la, excel cam hapak. HAHA. Kalau word paling pro aku. Excel gelabah. Rumit. Ade formula2 jadah die.


Pastu kelas lab basic genetic. Ingat ade buat experiment. Rupe nya tidak. Die tulis topik2 kat depan. Bagi kertas. Dannnnnnn kertas tu ade 6 helai. Pastuuuuuu semua gambar chromosome yang kecik2.

THEN KENA GUNTING SATU2 okayhhhh. Pastu tampal kat kertas lain. Sedap, kerja sekolah rendah dah bermula. Tapi aku lagi rela camni, tak yah nak fikir byk. Tak yah nak fikir jawapan nak jawab soalan camne. HAHA. Im doing it right now.


Okay la dari takde kerja dok melanguk. Tiba2 terfikir, aku rindukan kerja bertimbun. Kalau tak bertimbun, aku malas nak belajar nanti. HAHAHA =..= Ok bye :D


Thanks for reading. Have a nice day :)

No comments: