Sunday, June 12, 2011

Memancing Ikan Bukan Orang

Selamat hari Ahad. Semalam aku dengan family aku pergi memancing. Bergerak pada petang hari. Lokasi memancing kami adalah di Teluk Gong, Klang. Kalau tak tau google. Ni dah masuk kali kelima aku datang situ. Aku pergi ni, memang rumah atas air la. Dah lama tak mancing ni, aku pun ikut lah. Hehe.

Rumah ni memang ok la. Bilik air ada, dapur nak masak ada, tempat tidur ada. Tv pun ade tapi boleh bukak waktu malam jela. Sebab pakai generator je kan. kat tempat ni banyak rumah2 atas air. Setengah rumah ade karoke set okayyyy! Haha. Nasib tak dapat rumah ade karoke set. Kalau tak dah memekak dah. kawasan ni nampak macam sungai, tapi sebenarnya laut.


Dah memancing mesti lah nak tau ikan ape yang kiteorang dapat kan. Ikan pertama yang aku dapat adalah ikan sembilang! Ye aku tak tipu, aku reti mancing der. Haha. Kalau tak percaya, aku offer korang ikut aku pergi mancing. Terbaik wok. Ikan sembilang tu adalah besar sehasta tangan. Tengok macam kecik je.

Aku ingat aku tarik sampah ke apa, rupanya ikan ni. Pancing aku hampir terjun dalam air dah. Haha. tu ayah aku cakap, kalau gi tempat ni, pancing tak leh suka2 tinggal. Nanti tak pasal2 terjun. Pastu aku dapat ikan gelama. Ye, gelama kat sini orang panggil gelama papan. Semua gelama panjang2 tapak tangan seorang manusia dewasa. Haha


Pastu cousin aku dapat ikan Belukang. Aku memang panggil belukang la. Haha. Sumpah gedabak besar gila. Belang2 pulak tu. Aku geli ngan ikan ni. Macam pengotor. Haha. tapi memang boleh makan. Kat sini macam2 jenis ikan ade. Tapi ikut musim la. Tengok rezeki masing2 jugak camne kan. :)


Bila dah senja, aku tertarik dengna sunset dekat situ. Cantik wok. Matahari tu macam merah semacam je. Jarang kat Klang ade waktu macam ni. Waktu2 senja ni la, ikan banyak naik gila. Tak henti2 pancing kiteorang berbunyi. Memang terbaik la. Lihat la hasil kerja foto seni saya yang tak seberapa. Haha :)


Malam tu memang panas. Arus air laju gila. Nak mancing takde ikan. Aku tidur la sekejap untuk percubaan tidur yang pertama. Nyamuk kawasan bakau datang menyerang. Gatal gila. Kali kedua tidur balik, terbangun lagi. Tiba2 bunyi mekak gila kelepak kelepuk. Macam benda jatuh. Bising gila. Rupanya dalam 4 pagi macam tu, ayah aku dapat ikan sembilang! Gedabak besar weyh. besar lengan orang gua cakap dengan lu.

dalam gambar nampak kecik. Tapi kalau tengok live, kepala besar gila. Takut aku tengok. Tapi memang hasil tangkapan paling besar la. Dah lama tak dapat besar camtu.


So far, memang best la memancing dekat situ. Size dia semua berbaloi. Better dari Kelong dekat Port Dickson. Kat sini ikan memang memuaskan. Alhamdulillah rezeki baik. Boleh pergi lagi bila2 nanti. Hehe


Thanks for reading. Have a nice day :)

7 comments:

Mr Jake said...

mcm best je
how much sewa?

dhanial yahaya said...

Awwwwww, awak ni hebat tau!

alia ;)) said...

seronok ja pulak tengok u mancing .dekat pd ada satu tempat macam nie .

Shazana Samaluddin said...

mr jake : rm30 satu kepala tak silap. hehe. murah kan. haha

Shazana Samaluddin said...

dhan : nak kena sepak ke. haha

Shazana Samaluddin said...

alia : dekat pd byk tempat camni. i selalu pergi pd la. hehe

atif kadir said...

weh....cmne nk pm....nk g skrg jgk...terlepas trip ni...hjuhuhuhuhu....0194714291