Thursday, March 31, 2011

Melaka 27 & 28 Mac

HARI PERTAMA

Terlaksana jugak la impian untuk program cuti sem aku. Untuk pergi ke negeri orang dan bercuti! :) Aku pergi ke Melaka mase Ahad lepas. Dah sampai Melaka, ayah aku parking dekat mahkota parade, then pergi jalan kaki ke A Famosa. Dah berapa tahun aku ta jejak dekat Melaka ni. I mean betul2 jejak sambil berjalan2 n melawat la. orang tersangat lah ramai mase tu. Hari minggu kan.

Aku naik ke Bukit St Paul tu. Sampai atas ok. Tangga tinggi nak mampus. HAHA. Daripada atas tu, boleh la nampak view bandar Melaka sekali dengan Menara Taming Sari. Menara apa? Tungguuuu aku explain sat gi.



Setelah melawat dekat atas tu. Aku dengan ayah aku jalan kaki pergi ke Muzium Samudera. Yang ada replika kapal besar gila tu. Mak aku tak ikut. Tak larat berjalan tengah panas katanya. Die jalan2 dalam shopping mall je. Ok masuk la muzium tu. Kena bayar RM3 untuk masuk n orang tu akan bagi plastik untuk letak kasut. Ade la sejarah2 Melaka dalam kapal tu.

Ok selepas tu, aku meneruskan perjalanan pergi ke bangunan yang cantik berwarna merah. Korang mesti pernah pergi kan. The Stadhuys. Dah ade market pulak kat tepi2 tu. Dulu takde. Haha. Punya berzaman tak pergi dekat sini. Kat sini pun ramai gila orang. Banyak foreigner2 yang datang. Tengok, orang luar pun nak belajar pasal sejarah negara kita. Segelintir kita orang Malaysia ni yang tak nak belajar pasal sejarah kita. Betul atau tidak? :)

Setelah penat berjalan, aku dengna ayah aku berpatah balik pergi ke Mahkota Parade. Betapa jauhnya kiteorang jalan kaki. Macam mat saleh dah. haha. Bersedia untuk check in kat hotel. Iaitu Hotel Hallmark. Servis sangat best. Tv flat screen bagai, bilik air luas. Tapi sebenarnya hotel biase je. Tapi boleh tahan la dekat situ. Rehat2 jap then tidor!. HAHA

Lepas tidur dalam pukul 4 petang camtu, kiteorang siap2 pergi ke Pantai Klebang. Sedih tengok tempat ni. Dulu mase aku kecik2, semua laut. Pantai dekat je dengan jalan raya. Sekarang pantai dah jauh, orang dah tambak2 laut tu untuk buat kawasan baru. Laut dah tak cantik macam dulu. Kering kontang n keindahan pantai tu dah tak ade.


Nowwww, we're heading tu Umbai. Haha. Umbai tempat makan seafood yang paling popular kat Melaka. Orang yang datang jauh2 mesti singgah makan dekat Umbai ni. Banyak la gerai dia. Boleh pilih yang mana. Kiteorang order ikan siakap masak 3 rasa, sotong celup tepung, kangkung belacan, dengan sepahat masak cili api. Sepahat memang best. Sumpah dah lama tak makan.

Makan memangggggg kenyang. Puas hati. Kenyang sampai bergolek2 tahu. HAHA. Makin malam, makin ramai. Rupanya ramai jugak orang KL tengah holiday n makan kat sini. Table seblah kiteorang, tak henti2 order makanan. Macam semua je die order. Gila kebal perut.


Lepas makan, parking kereta dekat hotel. Balik kejap sembahyang ape semua, baru keluar balik. Pergi ke Jonker walk. Jonker walk dekat dengan tempat hotel yg kami duduk. Jonker walk ni macam uptown la. Jual barang2 yang murah semua. Ingat kan barang antik je ade, rupanya banyak lagi benda lain. Malam tu memang sangat sesak.

Aku sempat la membeli rantai kesukaan aku. Rantai simple. Then aku dengan mak aku, beli selipar jepun dekat situ. Ala, selipar tu selipar jepun sebenarnya. Orang tu jahit2 manik atas tu. Aku pun beli la memandangkan selipar aku pun dah makin jahanam. HAHA.


HARI KEDUA

Aku dah pandang je Menara tinggi dekat Melaka tu. Macam best. HAHA. Dulu pergi Melaka tak wujud lagi pun menara tu. Menara yang aku cakapkan ni, Menara Taming Sari. Teringin la naik. Pengalaman seumur hidup. Fuhhhh best gila dapat naik. Macam solero shot la. Tapi naik2 slow2 jela. HAHA. Dapat la tengok pemandangan seluruh Melaka. Memang sangat cantik.

Harga taj mahal pun. Kalau bawak Mykad, jadi RM10 je satu kepala. Seat pun banyak. Duduk jela kat mane2. Nanti benda tu berpusing jugak 360 darjah. So dapat tengok semua benda. Kalau sape2 datang sini, try lah naik. Rugi tak naik :)

Sebagai penutup nya, pitstop terakhir, shopping2 complex yang ada dekat Melaka tu. Dataran Pahlawan Mall. kat dalam tu ade Heritage Market. Kat situ banyak la souvenir2 yang nak di bawa balik. Mak aku sempat la membeli belacan, cecalok bagai semua. HAHA. Aku pulak beli keychain untuk member2 aku.

Aku pun ade beli jugak keychain untuk aku. Nak sangkut dekat kunci rumah. HAHA. Lepas shopping, kiteorang balik. So, pengalaman bercuti dekat Melaka memang best. Kiteorang pergi pun macam rushing2 je sebab dua hari je kan pergi. Kalau boleh stay lame lagi memang best. Macam tak cukup je dua hari. Skejap sangat.

Anda semua pergi lah ye kalau boring2 dekat rumah. Melaka is the best choice untuk bercuti dalam jangka masa pendek. Hehe. Okbye ;)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Fadhilah Mn said...

bestt kan melaka ? huehuehue,
bangga jap baca entri ni sebab saya org melaka. hehe

Shazana Samaluddin said...

fadhilah : of course best. tapi cuace panas tu memang tak tahan. salah waktu pergi melaka time musim panas. haha