Cuti sem ni, pelbagai resipi baru aku buat. HAHAHAHA. Resipi khusus untuk orang bujang. Untuk orang bujang yang pemalas untuk masak menu yang beria2. Kita tukar style hidup kita, dari makan maggie dan roti hari2. Sardin sardin sardin. Muka pun dah macam sardin. Pleasee. Aku pun bosan kot makan kat Shah Alam camtu. Haha. Betul atau tidak? Then maggie2 memanjang. letak telur supaya nak bagi kenyang. Haha.
So harini, memandangkan mak aku tak masak, aku buat lah potato salad aku sendiri. Aku tiba2 teringin nak makan sebab haritu, budak2 culinary yg practical kat campus, dorang buat potato salad. Sumpah sedap gila. So aku nak try la. Dorang punya power, aku buat versi orang bujang punya. Hahaha.
Bahan-bahan
1. Dua biji kentang ( dua pun dah cukup. sorang makan tak abis)
2. Mayonis
3. Lada hitam
4. Garam
Cara-cara
1. Buang kulit. Potong kentang mengikut cara anda. Kiub2 boleh. Nipis2 boleh.
2. Tabur sedikit garam dekat kentang tersebut. Jangan banyak2, nanti masin. Haha
3. Panaskan minyak. Goreng kentang sehingga lembut.
4. Dah lembut sila2 lah angkat. Jangan terlalu lembut, nanti cepat hancur.
5. Angkat kentang, dan sejukkan sebentar.
6. Letak mayonis dan gaul bersama kentang yang digoreng tadi.
7. Letak blackpepper dan gaul bersama
8. Hidangkan :)
3 comments:
Hahahahahha macam menariks! Nak tryyy!
dhan : anda juga boleh mencuba. dhan, nanti aku nak baut carbonara! :*
my mum pun pernah masak gini.. tapi dia tak goreng itu kentang. dia masuk kan dalam microwave je :D orang pemalas.haaha
Post a Comment