Saturday, December 4, 2010

Teater Natrah

Harini tercapai juga cita2 aku nak pergi tengok Teater Natrah dekat Istana Budaya. Tersangat sangat sangat lah excited. Aku gerak dengan Tasha tengah hari tadi. Dengan bersemangat wajanya aku memakai baju kurung baru harini. Hahaha. Aku dengan Tasha dapat seat U4 dan U5. Damnnnn. Tak dapat depat sangat macam dulu. Dulu L. Berat sebelah betul. Ok ini kali kedua aku dah jejak istana budaya. Memang best. Luas. Hall tu penuh dengan orang. Tak nak ramai pulak yang datang nak tengok. Layan jela.

Then start lah cerita Natrah tu. Aku nak tengok cerita ni sebab aku nak try fahamkan ape kes Natrah ni. Haha. Walaupun takde semua yang betul, tapi sekarang baru faham la apa yang berlaku. Lighting terbaik. Pelakon2 yang ada, Maya Karin, Remy Ishak, Sofia Jane, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Nabilah dan ramai lagi lah. Tak dapat aku nak describe.

Tang Remy Ishak dah keluar, peh rasa nak menjerit. Tapi kena kawal diri. kang kena halau pulak kang. HAHAHA. Pastu ade Aaron Aziz pulak. Aduhai, gila bayang aku. Hahaha. Tolong kawal diri. Serius best dorang berlakon live. Tak macam berlakon dekat tv tu. Lagi real. Lagi puas hati. Sebab dapat tengok depan mata.

So far cerita dia memang best. Aku bagi 4.9 bintang lah. Berbaloi dan tak merapu. Tak rugi aku mengikut rombongan cik kiah ni. Hahaha. Akhir sekali semua pelakon2 keluar atas pentas. Tang aaron aziz keluar tu, peh sumpah aku jerit gila babi. Tolong aku tak boleh kawal perasaan. Hahahaha. Then Remy Ishak pulak keluar. Meroyan aku jadi nya. Dapat la jugak gambar2 dorang. Sorry agak blur sikit. Aku tak duduk depan sangat kali ni.


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Nurazie Halim♥ said...

hey i like to know laaa, bila you pegi tgk theater natrah? cause i think i saw you :)

Shazana Samaluddin said...

oh sabtu lepas. 4 haribulan. pergi hari yang sama? :)