Monday, December 6, 2010

Perangai dalam KTM

Semalam naik KTM nak balik rumah, ade la perangai2 yang tak dapat nak di describekan. Penat la aku doh naik KTM ni. Perangai sekor2 macam nak disepak. Laki dengan perempuan semua sama. Berikut merupakan perkara2 yang anda sendiri akan jumpa di KTM.

1. Peluk tiang tempat orang berpaut
- Golongan ni selalu wujud di kala orang sedang ramai berhimpit dalam KTM. Golongan macam ni selalu buat muka selamba macam takde ape2 berlaku. Baik lelaki dan perempuan. Kalau boleh dia nak peluk cium tiang tu tak nak lepas. Maybe nak buat tarian kot. Tarian apa tu, aku tak nak la cakap kann. HAHA. Tolong ok, orang lain pun nak berpaut jugak. Kena la faham KTM sempit dan ramai.

2. Ada ' perempuan yang tak diiktiraf ' duduk / masuk dalam ladies coach
- Perempuan tak diiktiraf tu maksud aku lelaki la. Tapi ade jugak kategori lain untuk nama perempuan tak diiktiraf tu. Aku tak nak la sebut. Haha. Ok kalau termasuk, tak kesah la. Ni memang saje2 masuk buat muka tebal. Tiba2 dah tukar jantina pulak. Muka jadi tersipu2 malu. HAHAHA. Kalau dah masuk tu, cuba buat muka serba salah sikit. Ni muka tebal. Siap boleh DUDUK lagi. Kalau ye pun bagi la perempuan duduk. Atleast bagi kat orang yang memerlukan. Coach perempuan kan?

3. Orang yang nak keluar dari train, tiba2 ade segerombolan datang mosh nak masuk
- Bahaya betul ni. Nampaknya orang Malaysia ni terdiri dari kalangan mosher2 terhebat walaupun tak pergi gig untuk mosh. Hebat. Hahaha. Sabar la der. Train tu tak lari punya. Bagi orang keluar dulu.

4. Orang yang suka duduk dekat area pintu dan tidak mahu berganjak masuk lebih dalam.
- Katanya nak senang keluar. Alasan kata 'cuma tinggal satu station je'. Padahal berstation2 lagi. Kalau tak ramai orang tak pe. Tak kesah. Ni cuba kalau ramai orang. Cuba2 la masuk ke dalam sikit. Ramai lagi yang nak masuk. Jangan risau, sempat punya nak keluar. Tak kan terkurung selamanya.

5. Bau terbaik
- Biasanya ' kawan2 baik ' kita yang ade bau unik ni. Cuba teka. Bila angkat je tangan, pehhhhh menusuk di kalbu. Bau masam boleh lagi diterima. Faham la kan KTM panas ke ape. Ni yang bau kepam pahit masin tu. HAHAHA.

6. Sexual Harrasment
- Untuk golongan yang ni, aku pun tak faham la. Binatang ke ape tah. Sangap sangat ke apa. Elok di tendang je keluar dari train mase train sedang bergerak laju.

7. Golongan suka sandar dekat orang yang tak dikenali
- Manje sangat pun tak boleh der. Agak2 dah lenguh, suka hati nenek dia je nak sandar dekat orang yang tak dikenali. Makin ramai orang, makin saja nak sandar. Alasan ramai orang. Padahal badan lenguh je. Bawak beg besar, lagi nak dihempap orang kat belakang. Tipu la kalau tak terasa langgar orang dekat belakang. Yang saja2 sandar pun ada. Aku pernah kena. Warga asing Indonesia yang sandar. Macam haremmmm.

8.Kuat seluk
- Bukan seluk apa der. Seluk barang berharga. Biasa nya warga asing haram suka buat kerja macam ni. Handphone murah pun jadi nak kebas. Sedap2 tolak orang, pdahal dalam masa yang sama, tangan dok seluk beg orang masa langgar orang. Free2 phone orang die dapat.

9. Bersin dan batuk kuat tak tutup mulut
- Perh berbulu bila orang macam ni depan aku. Kalau ye pun tutup tangan la. Kalau ye pun yang tutup dgn tangan tu, saki baki bacteria tu lap la kat tissue ke, baju die ke, ni tak. Boleh sapu dekat tingkap, dekat tiang. Macam mane H1N1 tak menular.

10. Menggedik tak pasal2
- " Eh ktm ni mcm roller coaster la. Jom imbang badan tak payah pegang mana2. Hikhikhik. " Gelak2 gedik pe jadah dalam train. Menjadi attention seeker dalam train. Gelak dengan geng kau dah la. Ni gelak sampai nak melanggar2 orang.

Okayh tu je lah yang boleh aku senaraikan. Banyak lagi sebenarnya. 10 ni yng selalu aku nampak. Paling utama la. Senaraikan pasal perangai dalam KTM ni sampai esok pun tak habis. Mana satu yang anda pernah alami dari 10 perkara di atas. Dan apa selalu nya tindakan anda? Sama2 fikirkan mana baik mana buruk. :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

SENORITA ZATY said...

ade jew manusie wat perangai pelik kat situ kann

Shazana Samaluddin said...

zaty : hahaha biase la tu. pening kepala