Tuesday, September 7, 2010

Pelik tetapi tak pasti benar

Tepat pada pukul 4.15 pagi tadi, aku bangun la masak untuk makan sahur. Niat untuk memasak sardin dan telur dadar. Amik la cili, bawang ape semua. Potong2 la seperti biase. Buka api dan masukkan minyak. Ni dah bagi resipi ni. HAHA. Aku pon start la menumis. Dapur masak tu berdekatan dengan tingkap. Tung tang tung tang aku tumis.

Tiba2 luar dari cermin tingkap tu, jauh semeter setengah aku terdengar orang gelak. " KIHKIHKIHKIH ". Tapi macam sayup2. Memang pelan kot. Nak kate jiran2, bukan pulak. Belakang rumah sewa aku memang rumah dah takde orang. Lepas tu, lain semua rumah memang jenis tak bangun sahur pon. Lagipon pukul berape lak time tu kan. 4.25 camtu. Tengah2 masak bunyi lagi "KIHKIHKIH". Memang orang gelak bunyi camtu lak. HAHA. Tak tau la kalau ade yang gedik ke kan.

Adoi, betul2 seronok dah gelak2 belakang tingkap. Aku selalu masak bukak tingkap. Ni aku tak bukak. Cuak pulak sorang2. Then aku masak, aku buat2 bunyi bising macam mamak masak. tung tang tung tang. Saje nak alih perhatian aku supaya tak dengar ape2. HAHA. Tu lah, bulan puase ade ke makhluk Allah yang istimewa tu? Syaitan yela kene kurung. Tapi yang itu tak de kan? Kurang pasti. Kita tanya kepada yang pakar. :)

Maybe orang la kot. Sahur pon boleh rancak gelak2 ke. Tepu gila pagi2 nak gelak. Entah. Tapi memang peh meremang. Tak dapat dilupakan.


Thanks for reading. Have a nice day :)

4 comments:

Aweyn said...

ustaz sy kate syaitan kene ikat..jin tak kena ikat :D

Shazana Samaluddin said...

to aweyh : yeah. itu dia. :D

Mr Jake said...

haha
nana, mcm kat umah sewe i lak, pg bute housemate sume tido, dgr bende men gitar kat dlm masterbedroom(tade org dlm tu,kipas osak)
stakat ni br i ngan sorang lg je penah dgr hehe
bln pose gak :D

Shazana Samaluddin said...

isa : haaaa. tu lagi meremang. hahaha.