Friday, June 18, 2010

Hilang tanpa khabar berita

Im back bebeh. Sorry tidak memberitahu kemana kah saya menghilang. Rasanya korang tahu kot mana aku pergi. Haha. Rabu lepas aku dah start pergi Shah Alam. Campus life sudah bermula bebeh. HAHA. Mula2 sampai tuh, aku tak rasa ape2. Sedih pon kurang. Tak tahu kenapa. Petang tu pergi lah kat rumah sewa aku. Dekat TTDI Jaya Seksyen U2. Pandai2 lah cari. Hahahahaha. Malam pertama tidur kat rumah tu, memang aku tak tidur lena. Tak selesa. Mate pedih sebab tak biase dengan perabot baru ape semua.

Hari pertama dekat MSU, aku ade orientasi. Selama 3 hari. Kena pakai formal. Hari ketiga je pakai macam biasa. Orientasi sedikit boring tapi agak penting lah kan terang kan macam2. Pasal department mane ape semua. So far okayh je. Takde pape masalah. Lecture hall die sumpah sejuk GILA BABI. Wuhuu memang beku kat dalam tuh. Haha. Pastu banyak nyanyi lagu MSU ape semua. sampai balik rumah sewa terngiang2 lagu MSU sampai ternyanyi2. Begitu sayang akan MSU. HAHA. Sabtu Ahad lepas aku tak balik rumah pon. Aku stay dekat sana.

Isnin pulak aku pergi bridging class. Serius takde lah boring. Bridging class ni macam nak improve kan self esteem kita lah. Bagi pandai bercakap, buat presentation ape semua. Main game macam Pulau Impian semua. Dapat peluang jumpa orang baru. Dapat lah jugak kawan baru. Skema2 pon okayh la. Takde masalah. Kawan lepak tu tak dapat diketahui dan dijumpai lagi. HAHAHA. Insyaallah akan dapat tak lama lagi. Sedang mencari. Hahahahaha. Siapa2 rakan MSU meh la kita berjumpa. Ade ternampak ke, terkenal ke, terlanggar ke kan. Serius sy bukan jenis makan orang. I wont bite u. HAHAHA :)

Rabu pon ade bridging class. Tadi pon ade. Tadi sy dilantik menjadi group leader secara tiba2. HAHA. Peh aku dah lame tak buat presentation ni. Sial betul. Haha. Okayh, mase bridging class, ade bincang pasal community service. Ye, setiap student kena buat community service. Bukan sahaja melahirkan pelajar yang bijaksana, tapi dari segi melahirkan pelajar yang berhati mulia dan ikhlas. Chewah. HAHAHAHA. Aku kena pergi zoo Isnin depan. Excited jugak lah. MSU ni banyak berjalan2. Tu yang aku suka. Hahahaha. Num ID aku tak dapat lagi. Maybe next week. Nak daftar subject pon minggu depan jugak la kot. Baju batik dah beli. Baju batik tu untuk majlis ikrar. Semua batch kiteorang akan datang la mase tu. guess what, buat mase 30 Jun. BIRTHDAY AKU !!

Okayh cakap pasal kawan pulak. Aku tegur tu, ramai la jugak. belum rapat lagi. Maybe mase class nnt la kot. HAHA. Pelbagai bangsa, pelbagai agama, pelbagai negeri. Aku sempat tegur masa bridging lah. Sape2 dok sebelah aku, aku tegur je. HAHAHA. Aku ade kawan dari Sabah, Sarawak. Tak kesah la. Asal kan menyaut teguran aku. So far takde yg sombong. Budak2 hot tak berani la tegur kan. Biase2 low profile je sudeyyy. Dey sape2 yang pergi zoo nanti, roger2 lah aku. boleh kita bersama. Hahahahaha. :)

Tapi keburukan duduk rumah sewa tu lah kan, bosan sikit lah. Aku nak online. Tapi ayah aku tak bagi bawak lappy. Tapi, sampai satu mase kena bawak, sebab nanti akan menggunakan satu website ni nak contact dengan lecturer. Past year questions, ape semua ade dekat dalam tu. memang kena guna la internet. Then tv takde astro. Peh mati kutu aku. Sampai takde cerita lansung nak tengok. Aku kalau dah ade laptop dengan internet, memang aku memerap jela kat bilik tak keluar2. HAHA

So far kat sane memang best. Macam2 ade. Rumah best, keliling best, campus best. Semua best. Boleh la nak hidup. Sy cuba lah untuk berdikari. Lagi2 sekarang kena basuh baju sendiri, cari makan sendiri, semua sendiri. Yeah! :D


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

NAZ said...

baru lah rocker sejati nana hahaha

Shazana Samaluddin said...

to naz : awak lah jejaka paling gelabah. hahahahahaha