Saturday, April 10, 2010

Oh Genting :)

Kan aku gi Genting haritu. Takde masa nak update pasal pergi Genting. Hee, gambar pon banyak gila kot. Okayh, pagi2 lagi aku dah gerak pergi ke Gombak. Aku amik bus gi Genting kat sane. RM41 je kot. Murah kan untuk weekdays. Memang terbaik la. Pukul 10.30 aku dengan Nuar naik bus. Fuh, memang ngantok gila pagi tu. Aku tidur lah. memang tak tengok pemandangan. HAHA.

Tak lama lepas tu, sampai la kat Genting Skyway punya station. Station cable car la. Hehe. Kiteorang cepat2 gi nak naik cable car. Ingatkan ramai orang beratur ke ape. Tapi nasib baik tak la kan. Kiteorang naik la. Ingatkan dapat la naik berdua ke kan. Baru nak honeymoon. HAHA. Tapi ade la orang lain. Aku da lame tak naik benda2 tinggi ni. Agak gayat sikit la. Da gayat pening kepala. Bawah semua pokok hutan.HAHA. Ade la dalam 15 minit naik cable car. Lame kot. 3.4km jauh nya nak sampai ke atas. Setelah 15 camtu, sampai la akt atas. Cuaca tak berapa nak sejuk. Still sejuk & berangin, tapi tak sesejuk macam aku pergi dulu-dulu. Kami meneruskan la perjalanan. Masuk la ke outdoor punya theme park. 1st thing yang kiteorang naik, kiteorang naik buai tu. Haha. Anuar kelihatan menggigil kerana gayat dan takut tinggi. Tapi sy memaksa nye untuk naik. HAHA. Sy nak ajar dia supaya tak takut tinggi. *padahal aku pon gayat* Sebab die pergi Genting, die tak pernah naik roller coaster ke, benda2 camni la. HAHATak ramai kot yang naik. Selalu beratur panjang gila. Sampai la turn kami. Naik la same2. Die duduk sebelah aku. Fuh, slow2 benda alah tu naik. Aku da lame tak naik. Rase gayat sikit2 la. Rase nak tercampak je dari kerusi tu. Menjerit lebih jugak aku ni. Hahaha. Nak wat camne. Lepas abis tu, teridam jugak la. Macam pening. Faktor usia menjadikan sy cepat pening sebab muda2 dulu naik tak pening pon. Seronok je. Hahahaha.

Lepas tu naik Cyclone. Macam roller coaster tapi ade 4 seat tu. Aku dengan Nuar duduk depan sekali okayh. Tahu2 jela duduk depan impact nya camne. Macam sial. Teka siapa paling kuat jerit kat situ? Aku la. Anuar boleh seronok lak naik. Tak pernah2 naik boleh seronok. Kate gayat. Haha. Tu la aku cakap, tak semua yang gayat gila. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Dragon punya roller coaster tu. Naik tu gayat sebab bawah semua kan air la, ape la.


Nak amik gmbar kat atas tu macam cuak la. Tak jadi aku. Then, naik pulak mine roller coaster tu. Macam sial la. Macam kepala nak terhantuk kat dinding batu kat belah dalam. Tapi memang best la. Siapa jerit lebih? Aku la tuuu. HAHAHA. Nak tahu, lepas kiteorang naik roller coaster tu kiteorang naik apa? FLYING COASTER. Benda yang orang paling takut jugak nak naik. RM10 je kot. Aku naik la. Bayangkan, tak ramai orang. 1 benda tu kan boleh 4 orang. Masalah nye aku dengan Nuar je naik. Tak nak malu lak kan.

Peh, Anuar dah cuak gila. Aku apetah lagi. Kesian die mengikut aku naik benda alah tu. Haha. Panjat kat benda alah tu, then die baringkan. Macam position superman. Naik slow slow. Then jatuh menjunam secara tiba2. Macam pukimak. Bapak takut. Start jatuh2 tu, laluan makin extreme. Start jadi extreme tu aku tak berhenti menjerit. Macam bergolek2 jugak la tak melekat kat tempat baring tu. Peh, sumpah takut gila kot. Impact duduk dengan meniarap tu lain doh. Rasa memang lain.

Turun je kepala da lain macam. Macam sewel kejap. Hahahaha. Takut kot naik bende tu. Anuar cakap die tutup mata. Huh, memang tak nampak pape la. Kurang gayat siket. Cuba bukak mata, confirm rasa nyawa tu macam tengah terbang2. Haha. Lepas tu kan, kiteorang naik vintage car. Anuar bawak. Senang je, Tekan je pedal tu macam bawak kereta auto. Kiteorang dapat naik berdua! :D Kami meneruskan perjalanan pergi ke Dinosaur Land. Aku tak pernah naik kat atas tu. Hehe. So saje la try tengok. Beratur panjang lak. Maklum la, biase nye yang ada family je pergi kat situ. Tapi kiteorang pon family jugak ape. HAHA. 1 bot boleh masuk 12 orang. Bot tu jalan slow2 sampai masuk kat dalam satu cave ni. Dalam cave tu la die tunjuk dinosaur2 tu. Ade dinosaur robot. Kepala terkeluar2. Aku ade amik gmbar. Tapi masalah nya gelap gulita. Haha. Lepas tengok tu, terus keluar. Ade jambatan gantung kat atas tu. :D

Guess what? Lepas tu kiteorang naik apa? Benda tiang tinggi paling diegeruni oleh orang ramai. Space Shot. Dulu aku naik sampai 2 round. Konon nya tak takut la. Tapi sekarang, Space Shot tu dah jadi makin extreme. Dulu naik slow2 kan kat atas? Sekarang ni, die terus shot naik atas laju2 then jatuh balik. macam sial. Agak gerun gila la. Aku beratur la. Anuar punya jantung dah dupdapdupdap. Gila, sampai turn kiteorang kan, kiteorang dapat tempat duduk menghala orang ramai.

Peh, maluuu siot. Haha. Aku duduk je. Aku dah takut gila. Dah pasang semua safety kaw2. Aku dah nervous. Shhhuuuuuuuhhhhhhhh terus shot naik atas. Macam sial. Aku dah menjerit. Then jatuh lagi. Peh, tang jatuh tu paling aku takut. Rase nyawa tu melayang2. Pastu naik balik. Benti kejap kat atas. Jatuh lagi laju2. Peh, aku benci gila part jatuh2 tu. Abis je main bende tu, tangan aku kebas n menggigil2. Serius, rasa nyawa ni dah terbang2 dah.

Perut pon dah lapar. Kami beli maggie. Sian kan. Makan maggie kari je. Makanan kat sane pon mahal. Tapi nak buat camne, beli jela. Da lapar. Kalau makan banyak2 pon, kang muntah lak. Cari tempat duduk, makan. Makan la berdua dengan Nuar. Honeymoon berdua. Auuwwww. Aku ajak die naik roller coaster Corkscrew tu. Tapi die dah tak nak. Fobia agaknya. Aku pon malas nak paksa. Takpela. Naik Space Shot pon die ikut kan. Hahaha.

Lepas tu kiteorang pergi naik benda pusing2 yang bulat tu. Ape name die? HAHA. Pastu gi kat tempat station keretapi ulat tu. HAHA. Saje naik. Dah takde kerja. Semua benda dah naik. Naik jela, tengok2 pemandangan. Memang best. Kabus dah makin banyak. Sejuk jugak lah. Best nya honeymoon.


Lepas naik ulat, aku beli cotton candy. Teringin gila. Da lame tak makan. Cair di mulut. Sedap! HAHA. Lepas tu kiteorang gi makan KFC. Isi perut lagi. Dah lepak lama, kami pon balik. Naik cable car turun ke bawah. Aduhai. Kali ni sumpah nak muntah. Aku kalau kat atas, aku tak pening ke ape. Selalu nye turun dari Genting je, pening tu mula datang. Asik menguap je tahan muntah.

Balik naik bus tu, aku baring je kat Nuar. Sumpah pening. Tertido la jugak. Anuar cakap aku tido terlentok2. HAHA. Buat malu je. Yela, dah bus tu gerak2 kan. Pukul 7 lebih sampai dah kt Gombak. Fuh, pape pon seronok la dapat pergi dengan Nuar. Nuar dah sibuk ajak pergi lagi sekali. Adoi, mabuk aku. HAHA. Takpela, ade duit next time boleh pergi lagi okayh sayang.

Current Mood : Pening lalat


Thanks for reading. Have a nice day :)

8 comments:

dhanial yahaya said...

awww , jeles dengan kau ! benci ahhh !

Shazana Samaluddin said...

to dhanial : aku suruh ikut tak nak. ponteng sehari tak salah. HAHA

naz said...

space shot bestt kan :) i terbayang kan masa dia tembak keatas tu tercabut hahaha

Shazana Samaluddin said...

to naz : HAHA. u mulut busuk. HAHAHAHA

Cik Pieka said...

alolo syok ye pegy honeymoon. haha.sweet :)

Shazana Samaluddin said...

to pieka : u je tak nak honeymoon dgn i :P

mysara newrie said...

haha. maen best2 tp makan maggi n kfc jer. haha. kesian kat korang berdua :)

Shazana Samaluddin said...

to mai : saving ketat. kiteorang bukan org kaye. HAHA