Tuesday, March 30, 2010

Hari Terakhir

Lupa nak update pasal aku last kerja haritu. Sabtu haritu aku last kerja. Pagi2 aku dah sampai. Selalu sampai lambat. Tiba2 mase tu datang aura rajin nak datang awal. Hahahaha. Aku menghabiskan mase la buat kerja2 terakhir. Kerja2 bibik. Mula2 malas gak nak pergi kerja haritu. Tapi bila fikir balik, rindu pulak kat staff2 kat situ. Macam Az, 2 bulan spend time kerja dengan die. Perangai sewel die. Tak macam umur 24 pon. Masuk air gila babi. Sape tak rindu.

Then, dua staff baru, Khairi dengan Idin. Whoa rindu dorang jugak. Baru kenal seminggu je. Tak sempat nak lepak lama2. Si Khairi yang kuat melatah. Melatah mengalahkan perempuan. Melatah sambil buat bunyi anjing laut tuh yang paling tak boleh blah tu. Hahaha. Rindu gila nak kacau die. Hahaha. Lepas ni dah takde dah dengar2 manager marah2 ke, ape ke, salah buat order ke, orang salah punch ke, kena FULL ke kan. Seronok nye! HAHA

Petang tu aku punch card. Aku gi minum kat kedai bawah tu jap. Malam tu aku niat nak datang balik la kat Secret Recipe. Takdela, aku ingat nak jumpa dorang la. Kang dah tak jumpa lagi. Memang la rumah dekat dengan Mines, tapi ade yang nak berhenti ape semua kan. Aku pon naik la. Aku gi kitchen. ingat nak bagi la kate2 terakhir kat Az. Last2, Kak Ina masuk, tahan aku kat bucu dinding. Ketepek! Kena telur. Babi betul. 4 biji doh atas kepala aku. Tak nak busuk lak.

Aku pon gi lah kat sinki. Dengan niat nak basuh kepala aku. Last2 kena lagi telur. Pastu kene curah dengan Ice Blended Green Tea sisa orang. Cilaka gila. Haha. Khairi yang tuang. Az tukang baling telur. Memang kotor ar kitchen time tu. Padan muka Az la nak bersihkan. Sape suruh buat kotor. Haha. Da tu aku kena lak brownies walnut kat hidung aku. Babi doh. Aku geram la. Aku amik sos tomato tu. Aku diam2, letak kat pipi Abang Mail. Mastermind semua ni. Pastu aku letak kat pipi Khairi. Rasekan! Hahahaha.

Dorang cakap, kalau melawan, dorang bagi lagi telur. Gi mati la. Aku tak kira. Nak jugak balas dendam. Aku amik telur. Aku tepek telur tepat kat mulut Az. Memang makan telur mentah la. Hahahahaha. Padan muka. Puas hati aku. Sebelum aku balik, dorang nak amik gmbar. Abang Mail suruh. Last2, ketepek! Kena lagi telur. Gila busuk doh. Abis basah rambut aku, baju aku. Macam mandi dah. Lepas amik2 gmbar, aku balik. Aku masuk kereta, bau telur. Busuk sial.

Pape pon, memang kenangan tu semua. Pengalaman kerja kat Secret Recipe selama 3 bulan berakhir Sabtu haritu. Terima kasih la bagi saya peluang kerja di situ walaupon macam2 dugaan aku kena. Hahahaha. Tak kesah la, janji ade pengalaman. Lepas ni boleh kerja kat mane2 Secret Recipe. Tapi, aku rase dah tak kan kerja kedai2 makan lagi dah. Penat nok. HAHA. Sekarang duduk rumah menganggur dan berusaha nak mendapatkan lesen kereta ceritanya. :)

Gambar dari start kerja, still baju hitam lagi, sampai dah dapat uniform. dulu name tag trainee. Sekarang name tag aku da ade name, NANA :)

Current Mood : Mengejar lesen


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

mysara newrie said...

ceh ~ skit sgt gmbr kau letak ~ semangat aku bc entry kau. ingtkan da byk lagi gmbr T___T

Shazana Samaluddin said...

to mai : aku tak kan letak ar gmbar kene telur ape semua. takde kat aku. HAHAHA