Monday, November 2, 2009

Tiba2 terfikir

Dah takde idea. Tiba2 terfikir. Haha. Hilang akal betul tiba2 timbul idea nak tulis entri ni. Haha. Takde hal la. Semenjak dua menjak ni asik masuk air sket. Mungkin tertekan SPM nak dekat. 18 November dah mula segala2 nya. So saje lepas tension kat blog ni. Haha. Mungkin sedikit merapu entri aku sebelum2 ini, tapi penuh makne. Ayat pon dah semakin skema. Mungkin persediaan menjelang SPM. Haha. Tiba2 aku terfikir, bila lah nak jumpa Mr. Right yang dikehendaki. Mungkin masih belum jumpa jodoh kita. Tapi kalau boleh mahu yang boleh menjaga kita, & kekal sampai bila2. Ciri2 tersebut adalah seperti yang berikut. ( ayat cam cipan. Skema ) :

1. Menerima diri aku seadenye
- Ye, aku tak lawa. Im not perfect. Bukan semua manusia perfect. Aku masih mengamalkan konsep sedar diri. Aku memang gila2, sedikit cacat apabila masuk air. Haha. Susah nak jumpa orang yang boleh terima diri kite seadenye. Ikhlas & tulus dalam relationship. Bukan tak ade, tetapi sukar dijumpai kerana masih wujud manusia yang tidak bersyukur :)

2. Boleh dipercayai
- Berdasarkan pengalaman aku, bukan senang nak jumpa orang yang boleh dipercayai. Bukan semua sekarang boleh percaya. Kadang2 mata duitan, kadang2 sangap lebih pon ade, kadang2 tak ikhlas dengan kita, kadang2 kaki perempuan, macam2 la. Tak terkata. Bahaya. Sangat bahaya hidup dengan orang tidak boleh dipercayai.

3. Tidak perlu hensem
- Rupa tu, belakang cerita. Bukan boleh bawak masuk kubur pon. Haha. Bukan seperti dayang senandung, monyet berbulu atau seumpama nya. Asalkan ade seditkit manis di wajah nya. Pasti sejuk hati bila melihat. Haha. Personaliti yang baik hati, jujur, gentle, secara keseluruhan pasti akan menampakkan dirinya hensem walaupon diri nye tak berapa nk hensem. Tinggi pon kene tinggi sket lah dari aku. Haha. Sebab aku bukan orang yang rendah. Haha. Mempunyai mate & senyuman yang menawan adalah satu bonus. :)

4. Gentlemen + romantic +sweet
- Bukan jiwang karat. Bukan jiwang geli. Haha. Tapi tahu nak layan perempuan camne. Tahu ape yang perempuan suka, ape yang perempuan tak suka. Perangai sebegini buat aku tak tidur malam. Haha

5. Tidak pengotor
- Wow. Sape nak kot orang yang pengotor. Korek hidung sane sini, kentut suka2 hati. Eee. Geli kot. Haha. Korang pon tak nak kan orang sebigini. Tidak selekeh seperti rempit. Tahu nak berpakaian yang elok, simple tapi masih smart. :)

6. Cool & Simple
- Fulamak. Mencari lelaki seperti ini. Personaliti yang cool menambat hati aku. Haha. Aku kadang2 panas baran. Perlu lelaki yang cool supaya boleh menenangkan aku. Tak cepat melenting & sabar dengan perangai aku. Aku boleh buat bende yang same kalau die juga berbuat benda yang same. Lelaki yang simple juga menarik hati. Tidak menunjuk2, tidak gelabah, tidak bajet cool, tak cerita gebang, dan mengamalkan konsep sedar diri. Itu penting.

7. Hormat orang tua
- Jgn melayan orang tua seperti smpah di tepi jalan. Haha. Hormat mak bapak sendiri, dan hormat mak bapak aku sangat penting. Pasti hubungan direstui keluarga. Kalau pandai borak ngan mak bapak aku, lagi aku suka. Sebab ayah aku pon suka berborak. Haha ;p

8. Boleh get along dengan sahabat2 ku.
- Bersifat peramah adalah penting. Kalau keluar, die boleh sekepala, i will appreciate ape yg telah dilakukan. Bukan senang kot nak cari lelaki yang boleh ngam dengan kawan2 kita. Sometimes diam je tak reti borak2 pape ngan kawan2 aku. Tak seronok la camtu. Kalu boleh mahu yang sekepala. Boleh layan kawan aku dengan baik seperti mana die layan aku. Sporting & boleh join kami yang gila2 ni. Bukan berperangai seperti taik pentingkan diri. Taik pon tak pentingkan diri.

9. Take it slow bebeh.
- Spontan tapi masih waras untuk berfikir. Tidak terlalu terburu2. Slow2. Tidak terlalu lambat & tidak terlalu cepat. Maybe perhubungan lebih bermakna. Kalau dah jodoh tak kemane. :)

10. Pandai beborak + kelakar
- Disebabkan aku suka gelak & veryyyy talkative, lelaki yang pandai berborak & kelakar adalah dikehendaki. Hahahaha. Byk bertukar pendapat, memberikan pendapat yg bernas. Takdela diam je bila nak borak2. Mcm ade emas dalam mulut.

Current Mood : Masuk air & amalkan konsep sedar diri selalu


Thanks for reading. Have a nice day :)

8 comments:

Shahrul Tanaka said...

KLMJ dalam kategori mane? =P

aken_surf said...

harap2 cpt jmpe yg berkenan dihati...pakwe2 gak...nk exam ni.blajar btul2 yer...smoga berjaya

dhanial yahaya said...

kentut merata2 to aku la , haha :D

Shazana Samaluddin said...

to shahrul : takde kaitan dgn KLMJ :)

Shazana Samaluddin said...

to aken : insyaallah. spm dulu :)

Shazana Samaluddin said...

to dhanial : hahaha. jgn la kentut2 dpn org special kau. ngn kawan2 boleh la. haha

eing said...

;)) haaa ~ seronok bace post ne ;DD

Shazana Samaluddin said...

to ein : yeah. ape yg seronok? ;p