Thursday, September 24, 2009

Raya, raya & raya :D

Sehari Sebelum Raya

Pagi2 dah balik kampung aku. Kampung kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Peh ngantok lah. Pagi2 da kene gegar ngan mak. Haha. Takpe lah. Aura raya da dekat. Memang semangat lah. Rindu nenek! Hahaha. Da sampai tu, aku tgk nenek, makcik aku, abang aku tgh buat ketupat. Gila lah abang. Da berubah. Hahahaha. Aku pon duduk lah. Saje tolong menyibuk. Da takde keje, aku raut lidi. Buat penyapu. Haha. Jangan memperkotak-katikkan kebolehan aku. Hahaha. Duduk bandar pon aku still boleh buat lah :D Masak rendang lah, ape semua. Aku tukang rase. Hahahahahhahaha.
Tukang tengok :D
Gua yang buat okayh :D
Makhluk ;D
Petang tu aku ngan abang aku isi minyak dalam lampu pelita. Saje je menyibuk. Aku tak buat pon. Kotor tangan i nanti. Hahaha. Malam tu aku tukang nyala lampu pelita tu. Cantik permandangan di waktu malam. Orang pon tgh takbir. Yeay! Esok raya. Ni yang seronok ni. :D
Orang minyak :D
Jangan bermain api, nanti terbakar diri :D

Raya sudah tiba :D

Fuh. Aku bangun awal. Gila semangat ni nak raya. Haha. Semangat den berkobar-kobar nak rayo. Haha. Harini aku tak boleh semayang raya. Cuti lah bai. haha. Lepas dorang gi semayang raya, aku mandi. Siap2. Mak datin siap memang lame. Susah la. Hahaha. Amik gmbar jap. Please. Haha. Harap maaf lah. Entri ini banyak gmba. nyampah gi blah. Aku tak suruh tgk pon. Haha. Baju raya aku tahun ni colour hitam. Suram sket sebab nak SPM. Haha :D
Pagi raya
Cermin habuk
Lepas dorang semua balik. Aku da siap da. Haha. Aku mintak maaf kat mak aku, ayah aku, sedara2 aku semua lah. Kene mintak ampun. Nak SPM. Haha. Part paling best, dapat duit raya weyh. Hahahahaha. Income kali ni kurang sket. Tak mencapai target mendapat smpai RM650. Haha.Tapi puas hati lah. Janji dapat. Dari tak dapat. Sedih gue. Haha

Lepas mintak maaf, salam2 semua. Makan time! Hahaha. Aku tak makan. Sibuk amik gmbar lah. Haha. Lagipon nak simpan perut. Nanti nak beraya kt rumah sedara2 lagi. Makan jugak tuh. Hahaha. Lepas makan amik gmbar semua. Ramai2. Tahun ni tak ramai sangat yang balik. Tapi still okayh la. Takde la sunyi. Cousin2 aku semua ade.

Anak ayah. Aku suka gmbar ni. Tak tau kenape. Haha
Bapak borek, anak rintik. Haha
Abangku sayang :D
Nenek ku
Zizi cousin ku :D
Cousinku Din
Cousin ku Ain. Bakal doktor :D
Makan time! :D
Atuk nak interframe :D
Lepas da bergmbar semua, kiteorang gerak. Nak gi beraya kt rumah sedara. Sedara pakcik aku semua. Rutin raya same lah cam aun lepas. Beraya di lokasi yang sama. banyak rumah la jugak kiteorang gi. Di sinilah bermula nya kami makan, makan & makan. Haha. Balas dendam setelah sebulan brpuasa :D Perjalanan pon jauh. Rumah semua jauh2. Tapi raye punye pasal. takde hal lah. Redah je. Sakit punggung dok lame2 dalam kete pon tak kesah la. Amik gmbar lagi. Dengar lagu menghilangkan bosan.
Dalam kereta
Camtu rupenye rambut aku dari belakang. Haha. Ade ekor sial. Hahaha
Jemput makan ;D


Raya Kedua
Raya kedua ni kiteorang balik KL. Ayah aku lah nak balik awal. Sebab petang tu nak raya rumak nenek aku kat Klang. Tapi pagi tu, duduk la sembang2 nan nenek aku yang cool. Sporting gak org tua ni amik gmbar. Gemar bergambar macam cucu die yang sorang ni. Hahahaha. Tgh2 bercerita tu, cousin aku bagitau, ade makhluk mati belakang rumah makcik aku. Rumah makcik aku dekat je. Jalan kaki 5 minit smpai lah. Belakang rumah nenek aku je.
Nenek memang cool ;D
Makhluk ape? Sensitif pulak nak bagitau. Haha. Makhluk yang mati tu adalah, babi. Hahahaha. Agaknye babi tu termakan racun ke, ape ke, die tergolek kt belakang rumah makcik aku. Tempat kejadian agak tersorok sket lah. Dalam semak. Pakcik aku yang jumpe. Actually macam da bau2 sket 2 hari yg lepas. Ingat kan tikus mati ke, ape ke kan. Rupenye, BABI. Hahaha.

Peh. Aku jadi photographer kt situ. Bau nye macam sial. Sumpah busuk gila weyh. Aku agak batak la. 1st time tgk babi depan mate. Haha. Tu yg semangat nak amik gmbar. Da la byk nyamuk. Takpe la, demi nak mengambil gmbar utk share dgn korang, aku berkorban lah. Chewah. Hahahaha. Tapi serius sape yg tak tahan, ley muntah. Busuk yang teramat. Kalau biar bangkai tu lame2, silap2 ley bawak penyakit kot. Geli la aku tgk babi tuh. Langau banyak. Perot da buncit. Kalau dibiar lame lagi memang meletus babi tuu. Lagi jijik. So pakcik aku decide nak tanam. Camne nak tanam? Tengok lah :D

Mangsa kejadian
Peace babi. No war. Membawa msg keamanan
Come on save the world. Hahaha
Jangan tarik aku. Haha
Pengkebumian
Hero tanam babi. Haha
Muka busuk selepas mengambil gmbar babi. Haha
Dalam tengah hari, kiteorang balik rumah. Tak best nye. Kejap je balik kampung pilah. Balik rumah tu, kiteorang kemas rumah. Da tak puase baru kemas. Time puase kemas penat weyh. Haha. Petang tu kiteorang beraye kat Klang. rumah nenek belah ayah aku. Boring sket lah. Tak de sape2 da. Ade cousin, tapi aku tak pernah tau pon name dorang. Tak rapat.
Orang lain vogue, aku pon nak jugak nyah. Haha
Haih :D
So tu jelah cerita raya aku. Tak de bende pon. Raye tahun ni sederhana je. Sebab tgh trial kan. Tgk la tahun depan, memang aku joli katak punye lah. Hahaha.


Thanks for reading. Have a nice day :)

12 comments:

Cik Pieka said...

waaa u nye trial pon lebey kurang ja cam i. cool uh. tale blah tang babi 2. haa. ey bju rye u cun. ske uh :)

Shazana Samaluddin said...

to pieka : n.sembilan byk babi owh. haha. yeke? thanks. baju raye u pon cantik ape :D

my[s]ara said...

gelak guling2 baca psal babi 2..babi 2 da selsema tak..???haha

nadd said...

part babi tu yg paling taley move on..
x menahan..
hehe..

Shazana Samaluddin said...

to sara : hahahahaha. jgn la gelak. mane tau tergolek belakang rumah u ke kan. haha

Shazana Samaluddin said...

to nadd : hahaha. babi owh babi. ;d

Lionel Azry said...

seronok raya kat pilah? :P

Shazana Samaluddin said...

to lionel : seronok sgt jumpa babi. haqhahaha

faa said...

hitam kn lawa :)
u pkai pae pon lawa syg oy :)
comel ouh piggy tuu..hahaha tebiat!

Shazana Samaluddin said...

to faa : haha. tak lawa lah babe. :D piggy tu busuk ar. haha.

Lionel Azry said...

dasar h1n1 la pilah tu!

Shazana Samaluddin said...

to lionel : eh nk kutuk pulak. kuala kangsar igt takde h1n1 laa?