Sunday, May 6, 2012

KL Vintage Festival


Hari Sabtu, jatuh pada 5 Mei 2012. Jatuh pada hari Wesak juga. Berlangsungnya satu event menjual barangan vintage seperti baju, kasut, aksesori dan sebagainya. Semua bertemakan barang vintage. Khas untuk peminat barangan vintage dan bundle. Event ini adalah Kuala Lumpur Vintage Festival !

Lokasi festival ni adalah di MIA Art Centre, Lot 153 Jalan Ampang, Kuala Lumpur (behind Nasi Kandar Pelita, KLCC). Tak jauh pun, memang sebelah KLCC je. Takde la sebelah sangat, jalan kaki 5-10 minit, dah sampai lah.

Tak plan pun nak pergi. Tapi sebab dah bosan sangat, gerak jelah ke sana. Sebelum keluar siang tu, dah berniat nak bawak duit lebih sikit. Mana la tau pergi ke event ni kan. Haha. Aku tak tau event ni start pukul berapa tapi aku sampai semalam petang jugak lah dalam pukul 5 camtu.

Semakin ramai manusia membanjiri tempat tersebut. Ramai gila lah dressup ala2 vintage, retro dan sebagainya. Banyak yang stylo2 lah datang. Tak sangka, mereka juga pun meminati barang2 bundle jugak. Haha. Sama lah macam aku, aku memang suka barangan bundle. Janji cantik!


Time sampai, aku jadi gila jap. Banyak gila barang2 vintage yang aku berkenan. Semua dalam harga yang berpatutan. Harga barangan bundle pun murah nak mampus. Serius, dari barangan perempuan, sampai ke laki, macam2 ada. Kasut, baju, seluar, scarf, craft dan macam2 lagi. 

Semua ada yang baru, ada juga yang bundle. Baik untuk lelaki atau perempuan, semua barang ada. Aku rasa macam nak bunuh diri jap tengok banyak gila barang lawa2. Lagipun aku memang suka kan ala2 vintage ni. Unik dan cantik.

So mase jenjalan, aku terperangkap dekat satu gerai ni. Jual barangan bundle perempuan. Peh memang nampak baru2 lagi. Cantik2 je barang dia. Ada jual denim jacket. Aku dah lama cari. Kalau jumpa pun dekat bundle pasar malam, harga mesti mahal nak mampus. Aku nak jacket ni sebab aku suka style nya. K kawal perasaan. Aku pun pergi la jalan2 dulu.
Lelong 
Kasut tuuu :')
:O
Kiut miut
Jalan punya jalan, jumpa satu kedai ni, jual semua jenis vintage scarf yang terpakai ada. Macam2 corak dengan warna yang ada. Pehhhh tak nak gila lak aku. Aku memang sukakan scarf. Kalau korang perasan aku kekadang suka pakai scarf2 jadi perhiasan dekat rambut. Orang tu jual, satu longgok. Satu timbunan besar. Aku cari lah.

Ada sorang minah ni cari scarf, dapat yg lelawa je. Geram lak aku. Haha. Die beli banyak gila scarf. Aku tak tau la dia nak buat apa, tapi memang sangat banyak. Lebih dari 10. Setiap satu scarf cuma bernilai RM5. Murah kan? Impian menjadi kenyataan. 

Kekadang jeles tengok mat saleh punya thrift store byk lelawa. Beli scarf pun dalam 1 dollar je. Akhirnya kt sini ada jugak! Sumpah lelawa. Aku beli dua scarf. Total RM10. Warna hijau, dan merah satu. Kalau kat bb jual scarf ni. mahal nak mampus. Ada yang mencecah RM40! So aku bersyukur dapat yang murah gila macam ni. 

Lepas beli scarf, hati aku tergerak, aku nak gak jacket tu. Agak la doe, RM10 je. Bundle tapi memang nampak baru la. Aku rase baru berapa kali je orang pakai tu. Memang minat gila. Agak2 bosan boleh potong jadi vest ke apa. Orang akan ingat, merepek betul minah ni beli jacket tu. Tapi nak buat camne, aku minat. Ala2 gaya yang aku cakap dalam entri lepas, "When Grunge Meets Vintage"

K dah selamat dah beli jacket tersebut. Duit pun aku tak bawak banyak pun. Sekadar cukup2 makan. Then aku blah, tanda menyelamatkan diri dari bergelumang dengan sakit hati. Nanti bernanah je tak dapat beli semua barang. Hahaha. Ni lah kami mangsa2 rabak di KL Vintage Festival.

OOTD :)
Mangsa bawak kan barang
Penat. Panas. Walaupun join sekejap je. Hahaha. Ni lah barang2 yang aku beli tadi. Takdela cantik sangat. Tapi aku puas hati la. 1st time beli scarf dengan baju bundle, aku puas hati. Haha. Sebelum ni kalau beli barangan bundle, mcm ragu2 je. Kesemuanya RM20. Murah kan? Memang seronok. Berkualiti dan nampak macam baru. Wooooh.
Yeahhh!
Kiut kan kan? :D
Fav <3
Testing scarf baru
Sayangnya event tu buat sehari je. Best apa barangan bundle dan terpakai. Dulu aku tak layan benda2 ni sebab dalam mentaliti aku, semua buruk terpakai dan tak cantik. Tapi sekarang, bundle ni lebih membuka mata aku. Lebih menjimatkan wang sebenarnya. Aku rasa kalau ada festival ni selalu, kedai baju dekat sg wang dengan bb pun tak laku. Haha

Event macam ni patut diadakan selalu. Takpun buat lama sikit ke. Sangat saving. Lagipun berbaloi sebab kualiti barang memang terbaik dan cantik. Berfaedah jugak pergi, bukan berfoya-foya macam kanak2 homeless kan? Rajin cari, dapat la yang lawa. Tapi semalam memang semua lawa. Haha. 

Harap2, tahun depan ada lagi. Memang aku akan prepare bawak duit. Tak sabar nak tunggu event2 macam ni. Ok bye! :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

6 comments:

E. R. said...

eh eh, mcm mana gambar jiran eqa boleh termasuk dlm blog nana ni? haha what a coincidence :3

in case nana tertanya2 yg mana, tu yg gambar kedua pakai shawl biru tu hehe.

Shazana Samaluddin said...

lahhh yeke? hahahaha. kita tak kenal dia. tapi semalam main random snap je gambar tu :)

nurains said...

awesome gilaaa lahh. Ruginyaa tak dapat datang. T.T
Kena tunggu tahun depan lah pulak : D

Shazana Samaluddin said...

tu la pasal. next year jgn lupa datang! :)

Aisya J said...

niceee jacket nana! and and btw, suka lagu blog ni jugak! <3

Shazana Samaluddin said...

hye aisya! :D terima kasih! :D