Sunday, September 18, 2011

Suara Kami Bukan Suara Anda

Yea, I went to Suara Kami semalam. Memang tak terfikir nak pergi mula2. Anuar yang mulakan ada event suara kami semua. Siap reserve free ticket dekat website dorang. Nasib yang baik, dapat pulak free ticket. Haha. Mula2 memang tak nak pergi, ayah kate ade nak pergi memancing la apela. Memandangkan makcik aku cancel memancing kt Kelong Acheh Johor tu, aku decide la nak pergi sane.

Ape yg nak buat aku pergi tu, mula2 dorang cakap Far East Movement nak datang. Memang aku nak melepaskan peluang pulak kan. Artis oversea, pastu tiket free, tak nak pergi lak kan. 

Semalam start dengan pergi karnival dia. Honestly, karnival dia macam boring sikit. Tak banyak sangat gerai die bukak. Gerai jual baju pun ade berapa je. Kalau die tambahkan gerai mesti best. Tak kisah, aku pun tengok lah ade artist2 baru perform kat stage luar sementara tunggu nak masuk stadium. Ni ade lah mangsa2 anak yang hilang pergi stadium merdeka. HAHAHA.


 Nasib hari tak panas, tapiiiii mendung nak mampus. Ingat nak bawak Diana, tapi takut tak boleh bawak masuk stadim (at first). Ade lah tah sape2 artis perform semua. Petang tu paling nak tengok Liyana Fizi. Aku dah lama tak tgk minah ni perform live kan. Ade Tilu ape tah lagi.

Kalau panas terik ni, tak sanggup aku. Mau kena sunburn buat kali berapa tah. Hahaha. Makin petang makin ramai. Ramai la setailo setailo bagai. Hotz hotz bagai. Semua bangsa ada. Semua jenis orang ada.


Mase tengah lepak2 sambil sembang dengan Nuar, tiba2 lah kan, Liyana Fizi tengah sembang2 dengan sape tah kat tepi stage. Segan lah nak pergi salam dia. Aku ni pemalu orang nya. Memang tak de orang pun kat tepi tu. Aku pun dengan menebalkan muka, pergi dekat dia. Yeahhh she's very pretty and friendly. Salam dia ape semua. 

Tiba2 dia cakap, 'oh hye. nice bangss'. Aku macam aduh die puji rambut aku ke. Hahahahaha. Then amik lah gambar dengan dia. Segan. Dia lawa bai. haha. Kalau tak kenal dia, dia lah penyanyi untuk kumpulan estrella dulu. Skrg dah takde Estrella dah. Yang nyanyi lagu Stay, Ternyata semua tu :)

Lawa kan kan kan? :D
Petang tu dah start beratur masuk stadium. Mase tu tak yah cakap la, ramai beratur tu satu. Hujan pulak. Gila babi. Makin lebat lak time tu. Tapi semua setia je beratur situ. Time nak masuk tu DJ Fuzz lak boleh perform kat luar. Lagu best2 lak. Fuhhhh.

Show start pukul 8 malam. Bayangkan berapa lama tunggu dengan kawan Nuar semua. Seriously memang malam tu 1 Malaysia habis la sebab semua bangsa ada malam tu. Hahaha. Aku sebenarnya nak tunggu Pop Shuvit dengan Nelly je. Haha. Nasib habis pukul 11. Tak lebih dari tu. Kalau tak memang semua tak boleh balik. Lagi2 sape yg naik kenderaan awam. HAHA

Banyak artis perform, artis India luar, chinmayi ke ape tah, Korea bagai, Rania semua tu. Time Pop Shuvit perform macam biasa lah. They gave us adrenaline rush. HAHAHA. Dorang memang tak pernah menghampakan penonton. Serious. Best.

Yeah, tiba masa Nelly. Dia main 4 lagu. Orang semua bagai nak gila menjerit. Die perform 4 lagu. lagu2 famous dia. Party people, Hot In Here, Dilemma dengan Just A Dream. Time lagu Party people dengan Hot In Here, semua naik gila. Semua jadi party people. HAHAHA. Memang best bai. 



Persembahan penutup artis yang nyanyi lagu Malaysian Boy tu. Time tu aku dah penat nak bersorak dah sebab energy dah habis mase tengok Nelly. Hahaha. Pastu, balik akhirnya. Konsert tu habis cepat. Balik aku on twitter, orang marah pasal nelly. Nelly update twitter lebih kurang mcm ni '50% of malaysia cant speak in english but they can sing english song words by words' 

Ade org marah ape semua. Kita nak marah pun buat ape, kita pun still ade bahasa kita. bahasa melayu. Ape nak malu dan nak bergaduh pasal cakap english ke tak. Tak yah nak hentam Nelly sangat lah, lagipun kira bagus dia datang Malaysia. Kita kekalkan sopan santun kita je. 

Kalau kita baik, sure artist oversea lain pun nak datang jugak. Oh Avenged Sevenfold, kau tak nampak ke negara Malaysia ni. Thailand dah pergi, Indonesia dah pergi. Malaysia je tak singgah lagi. Hahaha. Ok bye :)

p/s : Apela rupa Rock The World nanti bila buat kat Stadium Merdeka? Tak sabar nak tengok. Haha


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Amir Ariff said...

dengar cerita najib dtg? heheh

Shazana Samaluddin said...

haha. biase lah tu. bini pun ada. haha. nasib tak bawak anak sekali.