Tuesday, July 5, 2011

19th Birthday

Hai. Dah lama aku tak update blog. Makin busy lah nak mengupdate bagai. Malas nak menulis hendaknya. Pejam celik pejam celik, akhirnya aku dah pun berumur 19 tahun pada tanggal 30 Jun 2011. Yes, memang birthday aku sangat best gila. Tahun ni paling best. Sebab sambut dengan family n kawan2 baik dekat sini. Aku memang happy gila lah.

Hidup pun dah 19 tahun, makin besar dah kita ye. Haha. Makin banyak kena kita lalui untuk akan datang. Dah kena pandai manage diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Setahun lagi umur nak 20 tahun. Selagi umur masih berbelas2 tahun, aku akan hargai kemanisan umur belasan tahun. Ayat macam ape tah. Hahah.

So ape aku buat untuk birthday aku? Haaaa ni banyak ceritanya. Tahun ni aku sambut birthday sebanyak 6 kali. Haaa macam banyak je kan. Hahaha. Tu aku cakap best tahun ni. Memang sambut biase2 je, tapi dengan ade family, sambut ramai2 dengan kawan memang best la. Ade 5 part nak cerita. Sila ke bawah untuk melihat. Kalau panjang sangat tekan X berwarna merah di screen computer anda di sebelah bucu kanan atas. (untuk windows) Untuk mac disebelah kiri ok. Hahaha.

Part 1 (22 Jun 2011)
Dah plan lama dah benda ni. Kawan2 aku nak sambut awal birthday aku sekali dengan farewell si huda. Plan nye memang nak pergi makan2 je malam tu. Yg ade aku billa tasha alyaa huda wani. Kiteorang pergi sunway makan mcd. Masa huda nak balik tu, sedih gila. Huda memang suka buat muka kucing dia bagi orang sedih. Haha. Naik kat rooftop sunway, si tasha keluarkan kek. Cadangnye nak bagi huda, tapi tasha lupa. Lagipun huda pun nak cepat balik ngn kakak dia.



Sambut la kita. Tulisan Happy early birthday gegurl & farewell huffy. Nickname sial je. Hahahaha. Kek coklat. Just tiup lilin, then potong. Gerak KL, lepas dekat BB malam tu. Wooo. Minum2 makan kek. Ingatkan kek tak habis, rupanya habis. Haha


Part 2 (29 Jun 2011)
Ni malam birthday. Aku duduk rumah je. Gila takde life takde sambut mana2. Haha. Duduk rumah, buat kerja, online, Tujela. Tapi aku online kat bawah haritu. Billa dengan Lubna ade kat bawah sekali. Si billa tak abis2 sibuk countdown tak henti2. Kalau boleh setiap saat nak count down.

Malam tu mereka nyanyikan lagu untuk saya tepat pukul 12 malam. Hahaha. Minum sparkling juice yang kiteorang beli petang tu. Tu jelah pun sambut. Sambil mereply thanks dekat org yg wish birthday di facebook. Haha


Part 3 (30 Jun 2011)
Yeah mase ni birthday aku. Siang pergi kelas macam biasa. Biase lah, memang susah birthday time class ni. Macam2 halangan. Haha. Malam tu, pergi celebrate dengan billa wani farah dengan alya. Takde cake la. Just makan2. Pergi Sunway lagi. Haha. Then lepas tu pergi makan dekat Bidara sebelah Sunway tu. Murah okayh. Makanan pun boleh tahan jugak kat situ.


Lauk campur ke, goreng2 pun ade. Semua ade. Kira berpatutan la. Banyak abe2 hensem kat situ malam tu. Pilih je mane nak. Haha. Best environment kat situ kalau untuk lepak :)


Part 4 (2 July 2011)
Ini yang ditunggu. Sambut dengan family. Hehe. Mak aku ade belikan cupcake untuk aku. Hehe. macam tahun lepas bentuk ladybird. kali ni memang comel colourful gila. Ade bentuk orang, jam tangan, slipper ade. Yang paling best tu ade bentuk camera. Hahaha. Mak ni macam memahami je aku suka camera tu.


Pastu pastu pastu, hari tu, aku pergi central market. Mak aku memang dah decide nak belikan camera kesukaan aku tuuuuu. Camera ape? Pandai teka la. Kan aku dah banyak kali survey camera tu, cakap benda yang sama pasal camera tu. Aku pergi kat Photocrafts dalam Central Market. Kedai camera yang pernah aku lawat dulu2. Then decide2, mak aku belikan camera lomo untuk aku. Memang kesukaan aku.

Diana F Mr Pink. Wohoooooo. Mula2 nak amik yang biase je kaler biru, tapi mak aku pun menyokong untuk amik yg pink tu, so aku pun amik la. Orang tu pasangkan film sekali. Paper bag comel wok. Orang tu ajar sekali macam mana nak guna camera tu ape semua.


Pastu pergi makan Kenny Roagers lagi berdekatan situ. Woooo. Sedap sedap sedap. Amik quarter meal biase je. Side dish die aku suka potato garlic parsley. Then balik. Balik tu memang sumpah happy gila kot. Wishlist aku akhirnya tercapai :)


Part 5 (3 July 2011)
Ahad pula, aku pergi sambut dengan Nuar. Saje berjalan2 pergi KL. Memang sambut biase2 je. Takde ape pun yang special. Hehe. Sambut secara sederhana. Makan makanan Jepun dekat Shabu2. Kedai biase je. Makan ebi don ke ape tah. hahaha. Tapi memang sedap la. Jalan pergi teman Nuar shopping ape semua.


Then he bought for me a bowler hat. Auwww memang topi yang aku nak dari dulu. Dah lama dah jumpa benda alah tu, tapi tak beli je. So Nuar pun membeli kan nya. I love bowler hat. Wohoooo :)

Part 6 (4 July 2011)
Aku dah balik shah alam waktu ni. Tengah2 tidur, makcik aku call. Nak pergi makan same ke tak. Sambil wish happy belated birthday semua. Then bawak pergi makan dekat Pizza hut tesco shah alam. Haha. makan beef peperoni. Sedap wok. Memang kenyang gila satu hari tu. Haha.


So memang best la birthday kali ni. Takde sedih2. Takde putus harapan. Takde rasa ditinggalkan hidup2. Tahun ni penuh dengan perkara gembira. Yang tak kan ditukar ganti. Terima kasih kepada mereka yang mewarnai dan menceriakan hidup saya selama 19 tahun. Terima kasih sangat. Diharapkan birthday setiap tahun penuh dengan kegembiraan. Bukan mendapat hadiah yang membawa kepada kesedihan.

Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, dibalas dengan kejahatan. Bila kita bersedih, insya-Allah, tuhan akan membalasnya dengan kebaikan dan tidak akan bagi umat nya bersedih :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

Eyka Ismail's said...

HAHA , seronok nya birthday diaaaaaaaaaaaaaaaa ! hihi .

SENORITA ZATY said...

haPPy belated bday nana , SORY LAMBAT WISH , XONLINE PN HEHEHEHE