Wednesday, March 16, 2011

Spaghetti Beef Cara Saya

Maaf la lambat mengupdate blog. Ingat kan nak update semalam, sekali internet punya lah lembab. Facebook ke, ape2 ke website ke, semua lembab. Sakit hati aku. Ingat nak update tengah malam, fikir dah mengantuk pulak. Aku update la harini ye. Ceritanya, kan haritu aku dah cakap nak masak sendiri apa semua kan dalam entri lepas.

So semalam, aku masak la spaghetti. Ini kali kedua aku try masak spaghetti ni. Ingat2 lupa je. HAHA. Aku pun hentam kromo jela. Berikut adalah masakan spaghetti cara Shazana Samaluddin. Hidangan sesuai untuk mereka yang bujang je ye. Haha. :)

Bahan-bahan
1. Satu paket spaghetti
2. Sos tomato Prego
3. 6 ulas bawang putih ditumbuk
4. 1 biji bawang merah dipotong halus (jangan amik yang terlampau besar)
5. Olive oil
6. Daging / Ayam cincang
7. Serbuk lada hitam
8. Garam (jika perlu)

Cara-cara memasak
1. Tuang air ke dalam periuk. Letak sedikit olive oil ke dalam air tersebut. Tunggu sehingga mendidih. Tujuan meletakkan olive oil supaya tidak melekat ye. Agak2 air dah macam berbelon-belon, masuk kan spaghetti, masak sehingga lembut.

2. Tunggu sampai lebam ye. Nak tahu macam mana spaghetti dah masak, anda ambil sehelai spaghetti dan baling ke dinding. (petua mase aku kerja dulu) Tak pun, picit spaghetti tu. Kalau ade putih tengah2 dia, makna nya tak masak lagi.
3. Dah masak, angkat dan toskan. Jirus air sikit nak bagi spaghetti sejuk. Letak ke dalam bekas yang sesuai. Tuang kan sedikit olive oil ke spaghetti supaya spaghetti tidak kering.

4. Tiba masanya untuk membuat sos spaghetti. Tumis bawang putih yang ditumbuk bersama bawang merah tadi. Tumis sehingga naik bau.

5. Masuk kan daging/ayam cincang ke dalam periuk untuk di tumis. Saya menggunakan daging cincang. Tumis dan gaul rata bersama bawang2 tadi. Tumis sehingga daging masak. Letak sedikit garam supaya daging ada sedikit rasa.
6. Setelah daging masak, letak kan sos tomato Prego ke dalam hasil tumisan tadi. Gaul dan kacau rata. Kalau nak kuah pekat, biar jela macam tu, kalau nak cair sikit, boleh tambah air. Masuk kan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga masak, lalu padamkan api. HAHA
Siap sudah hidangan spaghetti beef saya. Hidangan mencukupi untuk 3 ke 4 orang. Mak ayah aku rasa, dorang cakap boleh la. HAHA. Aku makan okayh je. Aku rasa aku masak sedap. Hahahahaha. Nampak sedap kan. Korang boleh la tambah cheese kalau ada la. Lagi sedap kalau ade cheese.

Fuh, mozarella xheese ke, cheddar cheese ke. Sedap tu. Hidangan ni sangat simple. Kejap je nak buat. That's why aku cakap, hidangan yang sesuai untuk orang bujang. Paling senang lah nak buat kan.

Aku pun budak baru belajar. Belum pro lagi sampai tahap boleh buat sos tomato sendiri. Setakat pakai Prego yang dah siap takpela. Reti la aku. Hahaha. Itulah hasilnya. Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak mencuba! Jangan takut untuk mencuba ye.

Kalau tak faham resipi ke, ape ke, silalah bertanya ye dan tinggalkan pesanan di comment ye. Sekian terima kasih. Okbye :)


Thanks for reading. Have a nice day :)

7 comments:

Putri Z said...
This comment has been removed by the author.
Putri Shuhada said...

Teringin nak rasa masakan Nana :D

Shazana Samaluddin said...

put : hehe. i boleh je masak kan untuk u :P

dhanial yahaya said...

Hikhik, nampak macam sedap :P tapi saya suka carbonara :)

Shazana Samaluddin said...

dhan ; jgn risau. aku masak memang sedap. HAHAHA. carbonara? nanti aku masak. haha

SENORITA ZATY said...

telan air liur jap nana , hahhahaha , waahhh lame giler xmkan spagetii , urmmm

Shazana Samaluddin said...

zaty : hahaha. sila2 lah buat :P