Sunday, January 23, 2011

Sakit Perut

Sakit perut dah menghantui diri aku sejak hari Jumaat lepas. Ingatkan sekadar angin ke apa. Malam jumaat tu, terus cirit birit. Berak cair pulak. ( jangan nak geli ok. semua manusia berak) HAHA. Aku pun makan la pil chi ki teck aun tu. Harap2 elok la sebab Sabtu tu aku nak keluar.

Sabtu tu macam dah kurang sikit la cirit birit tu. Tapi still sakit perut jugak. 2 kali la aku berak meninggalkan sisa di KL. Haha. Tu aku balik awal. Tak tahan. Balik tu singgah pergi klinik. Aku tak jumpa doktor. Just amik ubat je sebab ingatkan sakit perut biase. Balik tu aku makan la ubat doktor bagi tu. Ubat angin dengan ubat buang toksin dalam perut.

Dengan harapan, ingatkan elok lah sikit. Sebab tengah malam tadi, sendawa tak henti2. Ingatkan sakit perut sebab angin ke ape. Dan2 lah aku tidur pagi tadi, pukul 5 sakit prut. Cirit lagi. Mencurah2 bagai air terjun. Pukul 7 pagi, sakit perut lagi. Cirit lagi sekali. Aku tak larat kot. Pukul 11 pagi, cirit lagi sekali. Peh, memang betul sakit perut. Keluar air. Aku sampai tak larat dah.

Petang tadi pukul 3, cirit lagi. Aku dah tak tahan, aku ajak ayah aku pergi klinik. Jumpa doktor semua, doktor kate salah makan. Aku pun terfikir2, ape je aku makan. Benda semua makan dekat rumah je kot. Selame ni makan kat rumah tak pernah sakit perut pun. Guess waht, total ubat yang doktor bagi ade berapa?

Semua ada 6 jenis okayhh. Banyak kan? Vitamin usus, antibiotik, angin, cirit birit, sakit perut, dan ubat kurangkan acid dalam perut. Beserta MC untuk esok. HAHA. Gila kau, kena la MC, nanti tak pasal2 terberak kat campus. Mampus. Kelas esok da la sampai petang.

Harap2 esok dah start elok -__-



Thanks for reading. Have a nice day :)

2 comments:

dhanial yahaya said...

alololo, kesiannyaaa. hahhaa, et well soon :P

Shazana Samaluddin said...

et ape ni? manjew nyewp! hahaha