17 October 2013 tarikh yang tak kan dapat dilupakan. This is my 1st Rockaway and might be the last rockaway for me sebab dorang kata mungkin dah takde lagi.
Antara line up yang ada selain Massacre Conspiracy,
1. Crossfaith
Okay, band ni pernah datang Malaysia dulu. Aku pun tak pernah dengar. Tak pernah tengok dorang perform. Sehari sebelum Rockaway, aku try dengar Crossfaith ni. 1st impression aku ada lah band ni sakai nak mampus.
Bayangkan macam ASOT jinjang campur metalcore. Macam tak masuk akal punya lagu yang memang aku tak boleh hadam. Sekali bila dorang perform, sangatlah bagus! Showmanship bagus. Music best. Dan sangat tak sangka waktu dorang live lagi best apa yang aku dengar dekat Youtube.
2. Enter Shikari
Band ni masa perform memang gila. Abseiling pakai wayar mikrofon? Panjat tingkat atas? Terjun sana sini. Ya, band ni buat semua benda time tu. Dorang tau macam mana nak entertain orang.
Sangat energetic dan aku sukakan music dorang macam ada element electronic dubstep tapi hardcore ke apa tah lagi dia campur. Memang sedap.
Sorry You're Not A Winner & Radiate antara lagu yang aku berkenan masa dorang perform. Dubstep power punya. Kalau dorang datang lagi, definately aku akan datang tengok dorang dan sejujurnya dorang perform lagi best dari line up utama
3. Bring Me The Horizon
So yeah, ni band utama untuk Rockaway. I bought the ticket just to see them live but actually I'm a lil bit disappointed with their performance that day. Takde lah segempak mana. Biasa sahaja.
Oliver Sykes memang jambu since aku pun minat band ni since aku sekolah lagi. Tapi nak dibandingkan band ni sekarang dengan dulu, aku lagi prefer suara Oli yang sekarang. Lebih matang, lebih sedap lebih consistent dan music dorang lagi sedap. Tapi lagu sebelum Suicide Season pun memang sedap.
Apa yang aku kecewa dia perform macam biasa je. Takde la gila ke apa. Takde aura gempak pun rasanya. Tapi ramai orang luar yang dah pernah tengok dorang, cakap dorang ni masa live teruk. Tapi sejujurnya memang takde teruk mana. Attitude layan crowd pun bagus cuma suara sikit tenggelam timbul.
But overall it wasnt so bad. Okay je but I prefer Enter Shikari on that day.
Yay Moment
- Jumpa kawan2, kawan yg sedia ada & yang tak pernah jumpa
- Great place
- Great performance
- Met some new friends
- Mineral RM3 je. It was okay though kalau nak dibandingkan ada air sampai RM10
- Tiket murah
Nay Moment
- Too many fan girls yang over gila. Haha
- Masuk lambat 40 minit. Janji melayu ofcourse
Itu sahaja yang nak dikongsikan aktiviti cuti semester aku setakat ni. Harap Rockaway akan ada lagi tahun depan. Mungkin bukan nama Rockaway ke. Mungkin ada rock fest lain yang best2 bakal ada tahun depan. Kita tunggu dan lihat
Thanks for reading. Have a nice day :)